TOKYO - Jepun telah menempatkan peluru berpandu Patriot di ibu negara sebagai persediaan bagi melindungi 30 juta penduduknya dari sebarang serangan yang dilancarkan oleh Korea Utara, menurut pegawai kerajaan, semalam.
Dua sistem PAC-3 itu ditempatkan di Kementerian Pertahanan di Tokyo sebelum subuh.
Selain itu, Menteri Pertahanan, Itsunori Onodera memberitahu mereka akan menempatkan sistem untuk memusnahkan peluru berpandu tersebut di dua lagi lokasi di sekitar ibu negara.
"Tentera Jepun diberi kuasa untuk menembak jatuh mana-mana peluru berpandu Korea Utara yang disasarkan ke wilayah negara ini," jelasnya dalam laporan AP.

Dalam satu kenyataan lain, Perdana Menteri, Shinzo Abe berkata, kerajaan akan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan keselamatan penduduk di negara itu selepas Pyongyang berterusan mengeluarkan kenyataan provokatif sejak minggu lalu.
Jepun mengambil langkah berjaga-jaga itu berikutan media di Seoul mendakwa sedang berlaku peningkatan aktiviti di tapak ujian nuklear Korea Utara. - Sinar

aik depa nak berperang pulak dah ka
ReplyDelete