Salon topless di Brisbane dapat sambutan


Sebuah salon kecantikan di Brisbane bernama Barber Babes menawarkan pemotong rambutnya mengenakan pakaian seksi dan topless ketika melayani pelanggan.

Menurut Courier Mail, Barber Babes dibuka sejak Februari lalu di pusat perniagaan Brisbane, di The Grosvenor on George. Salon ini juga menawarkan urut kepala, merawat kening, mengeringkan rambut, ataupun mencukur misai dan jambang.

Menurut pemilik Barber Babes, Jasmine Robson, semua pekerjanya adalah mereka yang mempunyai kelayakan di bidang tata rambut. "Bahkan salah seorang pemotong rambut kami terpilih sebagai yang terbaik ketika sedang menjalani latihan," kata Robson.

Menurut Robson lagi, dia menawarkan salon dengan pekerja yang topless kerana lelaki biasanya tidak suka mengunjungi salon sehingga dia ingin menawarkan sesuatu yang lebih menyenangkan di salonnya.

 "Kami mendapati bahawa banyak penari eksotik sebenarnya juga adalah pekerja salon yang punya kelayakan, tetapi tidak mahu melakukannya kerana bayaran di salon kecil sekali," tambah Robson.

Menurut Robson, sejak dibuka Februari lalu, dia didatangi ramai pelanggan, dengan beberapa lelaki datang beberapa hari sekali hanya untuk cukur misai. Pelanggan mereka terdiri dari kalangan pengusaha tempatan, pemuzik, pensyarah, dan juga peguam. "Bahkan ada seorang pelanggan yang datang khusus dari Townsville (1,500 km dari Brisbane) untuk potong rambut," tambah Robson.

Perkhidmatan yang ditawarkan Barber Babes ini tidaklah terlalu "mahal" berbanding salon-salon biasa yang lain. Untuk potong rambut lelaki bayarannya adalah 25 dollar Australia sedangkan di tempat lain berkisar 15-20 dollar Australia.

Dalam reaksinya, Melinda Liszewski dari organisasi Collective Shout, yang menentang penggunaan wanita sebagai objek seks, mengatakan tidak hairan bahawa salon tersebut popular dikunjungi oleh lelaki.

"Yang terjadi ketika ini adalah bermula kemasukan industri seks ke perniagaan yang lebih mainstream," katanya. "Ini semakin memperkuat pendapat bahawa kewujudan wanita di dunia ini hanya untuk menjadi pemuas seksual lelaki." - kompas.com

1 comment: