Pelajar 15 tahun dibaham buaya di Sungai Samarahan

DOLLIA sugul menunggu berita nasib anaknya.

Asajaya: “Kami seolah-olah dilibas sesuatu dan pada masa sama kelibat Hiswandi hilang,” kata Mohd Iwan Majid, 14, rakan kepada Mohamad Hiswadi Dollia yang dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Samarahan, dekat sini, kelmarin.

Mohamad Hiswandi, 15, yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang dilaporkan hilang selepas tidak muncul di permukaan air ketika membersihkan tubuh sebaik selesai memancing bersama seorang lagi rakan, Mohd Yusuf Nuri, 15, jam 12.30 tengah hari.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Iwan berkata, seperti biasa mereka ke sungai terletak satu kilometer dari rumahnya itu untuk memancing pada jam 11 pagi sebelum membuat keputusan pulang sebelum azan Zuhur.

“Saya dan Hiswandi turun ke sungai membersihkan diri, manakala Mohd Yusuf menunggu di tebing dan ketika berenang, Hiswandi berada di sebelah saya sebelum tiba-tiba kaki kanan saya tersentuh objek bersisik.

“Tidak lama kemudian, Hiswandi yang menyelam terus hilang dan pada masa sama saya melihat seekor buaya melibas ekor lalu terkena kaki saya. - Harian Metro


4 comments:

  1. Malam tadi kakak ada tengok berita sampai ada seekor buaya dah kena bunuh tapi mayat budak tu tak ada pun dlm perut buaya tu... kesiankan...

    ReplyDelete