Bas pelancong dengan pemandu wanita berpakaian menjolok mata, mana tahan!


Persaingan bas pelancong yang kuat di luar negara membuatkan banyak agensi pelancongan harus mencari idea bagi menarik minat pelancong menggunakan perkhidmatan mereka.  Ada yang menurunkan harga atau memilih tema-tema yang unik.

Sebuah agensi pelancongan di Berlin, Jerman, menawarkan bas pelancongan bertema khusus untuk orang dewasa. Berlin City Tours menawarkan pelancong dewasa sebuah pelancongan yang dinamakan sebagai Sexy Bus Tour.

Dari laman Berlin City Tour, Khamis (11/4/2013) Sexy Bus Tour akan menjemput anda dari hotel untuk mengelilingi Bandar Berlin. 

Pemandu pelancong multilingual akan menerangkan objek pelancongan yang dilalui bas kepada pelancong.

Namun, pemandu pelancong ini adalah gadis berpakaian sangat seksi dengan seragam kelabu berbelahan dada lebar, stocking hitam, skirt mini dan G-String.

Harga pakej yang ditawarkan adalah 650 Euro untuk 20 orang. Harga sudah termasuk welcome drink. 

Usai keliling Bandar Berlin pada malam hari, anda boleh dihantar kemana saja anda mahu di Berlin.




3 comments: