50 buah kenderaan berlanggar di Switzerland


Sebanyak 50 buah kenderaan berlanggar di sebuah lebuh raya di Chexbres, Switzerland kelmarin.

Sebahagian kereta itu bertindih antara satu sama lain selepas pemandunya gagal menekan brek sekali gus merempuh kenderaan yang berada di hadapannya.


Menurut ketua perkhidmatan akhbar Polis Vaud Cantonal, Jean-Christophe Sauterel, nahas itu berlaku sebelum kereta berkenaan memasuki terowong Chexbres.

Seramai 11 orang cedera ringan dalam nahas itu dan dirawat di hospital berdekatan.


Bagaimanapun, tiada mangsa mengalami kecederaan serius.

Kabus tebal dipercayai menjadi punca kemalangan tersebut selain jarak antara sebuah kenderaan dengan kenderaan lain yang terlalu dekat.

Seramai 70 orang dibawa menaiki bas untuk menuju ke sebuah balai polis untuk tujuan siasatan berhubung punca nahas tersebut. - Agensi


2 comments: