Harta karun Pulau Nangka: 2 keping syiling ditemui

FOAD menunjukkan dua keping syiling yang ditemui di Pulau Nangka, Melaka semalam.

MELAKA - Selepas bekerja keras selama empat bulan, kerja-kerja memburu harta karun di Pulau Nangka di sini mula berhasil apabila artifak berbentuk dua keping syiling ditemui pada pukul 11.30 malam kelmarin.

Kedua-dua artifak yang ditemui itu berbentuk bulat dengan diameter kira-kira enam sentimeter berwarna kekuningan.

Artifak pertama mempunyai lima baris tulisan dipercayai huruf zaman kerajaan Majapahit manakala artifak kedua mempunyai lubang berbentuk segi empat di tengahnya mengandungi kalimah Allah dalam tulisan Jawi.

Penemuan itu sekali gus memberi peluang kepada syarikat Smart Partnership (M) Sdn. Bhd. untuk meneruskan kerja-kerja pencarian harta berkenaan sehingga keputusan ujian terhadap syiling tersebut diputuskan.

Pengarah Urusan syarikat tersebut ialah Muhammad Foad Khushairy Mohd. Said.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, syiling itu akan dihantar ke makmal dan Jabatan Warisan Negara hari ini untuk diuji kesahihannya. Keputusan ujian tersebut akan diketahui dalam masa terdekat.

"Ujian di makmal penting bagi memastikan sama ada medal itu diperbuat daripada emas atau tembaga selain usia bahan itu sendiri.

Sumber: Kosmo!

1 comment:

  1. Dekat Chow Kit ada tak jual syilling camtu,,

    ReplyDelete