YOU'LL NEVER WALK ALONE

dailymail.co.uk

 LIVERPOOL - Liverpool melakukan segala yang terdaya untuk mencari kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama dalam tempoh 24 tahun, namun kemenangan 2-1 yang dilakar ke atas Newcastle di Anfield semalam tidak memadai kerana trofi akhirnya menjadi milik Manchester City yang turut melakar kemenangan 2-0 ke atas West Ham.

Sedar hanya kemena­ngan mampu menghidupkan peluang tipis mereka untuk mencari kejuaraan Liga Perdana buat kali ke-19, Reds yang mendapat sokongan padu ribuan penyokong bermula agresif dengan mengatur beberapa percubaan menerusi Daniel Sturridge dan Luis Suarez di awal permainan.

Biarpun bahagian tengah dan serangan memainkan peranan dengan baik biarpun beberapa percubaan awal gagal disudahkan, namun kelemahan terbesar Liverpool musim ini, iaitu pertahanan terus memberi masalah kepada mereka sehingga ke perlawanan terakhir liga.

Pada minit ke-18, Martin Skrtel mencatat rekod tersendiri apabila muncul pemain Liga Perdana paling banyak memasukkan bola ke gawang sendiri selepas pertahanan Reds itu tertendang bola ke pintu gol sendiri menewaskan Simon Mignolet.

Tonggak pertahanan, Daniel Agger berjaya merapatkan kedudukan 1-1 selepas menjaringkan gol ke-100 The Reds musim ini pada minit ke-60 dan penyerang England, Daniel Sturridge menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-65.

Newcastle terpaksa menamatkan permainan dengan sembilan pemain selepas dua pemainnya, Ameobi dan Paul Dummet dilayangkan kad merah.

Namun, segala usaha dan kebangkitan yang cuba dilakukan Reds tidak memberi sebarang makna dan anak-anak buah Brendan Rodgers terpaksa menunggu semusim lagi untuk bergelar juara. Apa pun, kejayaan kembali dalam kancah Liga Juara-Juara musim depan sudah cukup mengubati kekecewaan penyokong Reds. - AGENSI

Steven Gerrard: "I never give up a fight; I never thought I'd be able to say that I'm really confident and I believe that the title is not too far away here.

"I'm running out of words to describe the fans of the club - their support just gets bigger and better every season I'm here."









YOU'LL NEVER WALK ALONE 

7 comments:

  1. salam
    selamat pagi isnin
    singgah kejap minggu nie anum bz sangat2

    ReplyDelete
  2. APA2 PUN SY TTP BANGGA SEBAB, LAST SEASON NO ONE EXPECTS THAT WE COULD END UP BY FINISHING BEHIND THE CHAMPION. FROM 7TH TO 2ND... IT WAS AN AMAZING WAY AND FANTASTIC EXPERIENCE! WELL DONE GUYS! YNWA!!

    ReplyDelete
  3. U'll walk alone,,,tgu lg 20thun laa,,,huhu

    ReplyDelete
  4. Hidup lverpool.

    ReplyDelete
  5. Hahaha...jangan mimpi dapat No1

    ReplyDelete
  6. Selamat Pagi :D

    Liverpool kene usaha lebih walaupun MU tgh lemah tapi yang lain pun tak lemah huhuhuu :D

    Salam Kenal :D

    ReplyDelete
  7. uih....x pandai layan bola...

    ReplyDelete