Kanak-kanak 8 tahun mati ketika bela kakaknya dari pemerkosaan

Gambar hiasan. Foto: SHUTTERSTOCK

RICHMOND - Polis di Virginia , AS , Sabtu ( 3/5/2014 ) , menangkap seorang remaja lelaki umur 16 tahun kerana disyaki telah membunuh seorang budak lelaki 8 tahun . Ahli keluarga mangsa dan jiran mengatakan , kanak-kanak itu maut ketika sedang berusaha menyelamatkan kakaknya dari serangan seksual .

Jabatan Polis Richmond , sebagaimana dilaporkan Los Angeles Times , tidak mendedahkan identiti suspek , hanya menyebutkan usianya , tetapi mengatakan bahawa remaja itu didakwa atas tuduhan membunuh. Remaja itu juga didakwa telah menyerang kakak budak itu , yang menurut ahli keluarga berusia 12 tahun .

Kanak-kanak itu meninggal di tempat kejadian si suspek melakukan serangan , yang berlaku kira-kira pukul enam petang waktu setempat ,pada Khamis , di tepi landasan kereta api di kawasan perumahan di tenggara pusat bandar . Kakaknya masih dirawat di hospital pada Sabtu . Polis tidak menjelaskan tahap kecederaannya.

Seorang ahli keluarga mengatakan kepada wtvr - TV bahawa kedua anak itu sedang bermain ketika seseorang datang ke arah mereka dan cuba untuk memperkosa gadis itu . Seorang penduduk di daerah itu mengatakan kepada sebuah stesen televisyen bahawa gadis itu muncul dalam keadaan lebam dan pakaian koyak . Polis tidak mengatakan bagaimana budak itu dibunuh .

Hanya beberapa jam selepas kejadian itu suspek telah dikenal pasti dan ditangkap. Suspek dikatakan tinggal di persekitaran yang sama dengan kedua-dua kanak-kanak itu .

Sumber: kompas.com

No comments:

Post a Comment