Lelaki terjun Jambatan Sultan Yahya Petra


Kota Bharu: Seorang jurujual lelaki berusia 28 tahun dikhuatiri lemas apabila dilihat terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra ke dalam Sungai Kelantan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9.20 malam itu, mangsa dikatakan memandu Honda City sebelum memberhentikan kenderaannya di tepi jambatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata saksi yang melalui lokasi kejadian melihat mangsa kemudian terjun ke dalam sungai.

"Sejurus mendapat maklumat polis dan bomba terus bergegas ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi kejadian, hanya kenderaan mangsa berada di tepi jambatan," katanya.

Azham berkata, sejurus selepas itu usaha mencari dan menyelamat dijalankan di sekitar lokasi kejadian.

"Sehingga ini, mangsa yang dikhuatiri lemas masih belum ditemui. Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment