Sharifuddin (belakang, empat dari kanan) dan Zakaria bersama anggota pasukan Black Rose yang bakal menyahut cabaran dalam penugasan sebenar selepas selesai latihan
KUANTAN - Penubuhan Pasukan Cantas Wanita Polis Kontinjen Pahang atau Black Rose yang disertai 14 anggota termasuk tiga pegawai membawa dimensi baharu kepada penugasan yang lebih fokus dalam memerangi jenayah di negeri ini.
Kewujudan pasukan Black Rose yang diketuai Asisten Superintendan Raja Maznah Raja Ghazali itu juga turut memantapkan keupayaan dan imej pasukan polis wanita kontinjen Pahang secara keseluruhannya dalam menangani kes-kes jenayah kekerasan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata, penubuhan pasukan itu yang pertama bagi Kontinjen Pahang sejajar dengan hasrat pucuk pimpinan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, pemilihan anggota pasukan berdasarkan beberapa kriteria termasuk tahap kesihatan dan stamina dimiliki anggota terlibat.
“Kita dapat banyak permohonan daripada anggota wanita untuk menyertai pasukan ini bagaimanapun daripada lebih 50 yang memohon, hanya 14 terpilih selepas melepasi tapisan ketat.
“Pasukan ini berjaya menghabiskan kursus ‘Close Quarter Battle’ (CQB) selama dua minggu untuk memantapkan kemahiran menembak jarak dekat, menguasai teknik-teknik serbuan dalam bangunan dan kenderaan serta mendidik cara-cara menggempur secara ‘buddy system’ dan kemahiran mengendalikan T-Baton selain prinsip ketangkasan, agresif dan kejutan” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penutupan Kursus Pasukan Cantas Wanita Kontinjen Pahang di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Galing di sini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Zakaria Ahmad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Yap Toon Khuan, ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan polis kontinjen Pahang.
Sharifuddin melahirkan rasa bangga dengan pencapaian ditunjukkan anggota terbabit yang berjaya menjalani segala program latihan sepanjang kursus tersebut.
“Kita harap dengan wujudnya pasukan Black Rose ini, kes-kes jenayah kekerasan dapat ditangani dengan baik terutama ketika berdepan penjenayah wanita bagi mengelak isu-isu berbangkit,” katanya.
Beliau berkata, kekuatan keanggotaan pasukan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa bergantung kepada peningkatan kes dan cabarannya.
“Buat masa ini, kekuatan sedia ada mencukupi bagi menghadapi cabaran jenayah semasa dalam kontinjen Pahang,” katanya.
Menurutnya, pasukan tersebut perlu menjalani latihan secara berterusan supaya segala yang dipelajari dalam kursus selama dua minggu dapat dipraktik secara berterusan.
“Tanpa latihan yang berterusan, tahap kemahiran dan keyakinan anggota akan menurun sekali gus boleh menjejaskan setiap penugasan dalam operasi yang dijalankan.
“Saya akan berbincang dengan Ketua Jabatan Siasatan Negeri untuk menetapkan siri latihan kepada anggota pasukan ini mungkin setiap tiga bulan sekali atau satu tempoh yang difikirkan sesuai,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
hebat!!
ReplyDelete‘Close Quarter Battle’ (CQB) selama dua minggu untuk memantapkan kemahiran menembak jarak dekat...
ReplyDeletePerghhh....2 minggu je kursus...
memang POSER la korang semua...