Tiga rumah disamun, mangsa dibogel dan dirakam gambar


MELAKA - Sudahlah disamun, mangsa yang berada di dalam rumah akan dibogelkan dan dirakam gambar mereka oleh kumpulan penjenayah sebagai ugutan agar kejadian itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Itu nasib yang dialami tiga keluarga apabila rumah mereka yang terletak di sekitar Melaka Tengah disamun empat penjenayah bersenjatakan parang dalam kejadian bermula pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi Khamis lalu. Anggaran kerugian keseluruhan kesemua mangsa ialah RM74,000.

Menurut sumber, dalam kejadian pertama pada pukul 6.30 pagi, kumpulan penjenayah itu menyerbu sebuah rumah di Taman Merak Emas, Bukit Katil milik seorang warga emas dan melarikan barangan berharga bernilai RM12,000.

"Ketika kejadian mangsa, 68, dan isterinya, 70, telah keluar menjual sayur di pasar berhampiran perumahan mereka. Penjenayah terlibat telah bertindak mengikat adik ipar mangsa, 63, dan cucu lelaki mereka, 23, sambil membogel serta merakamkan gambar mangsa.

"Kesemua penjenayah mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menggeledah rumah tersebut sebelum melarikan wang tunai dan barang kemas," katanya.

Kata sumber itu, kejadian kedua pula berlaku pada pukul 7.15 pagi, melibatkan sebuah rumah di Taman Tay Boon Seng, Klebang milik seorang ahli perniagaan yang kerugian kira-kira RM22,000.

"Mangsa, 43, dikatakan baru pulang dari luar negara dan sedang nyenyak tidur di dalam bilik sementara isterinya telah keluar menghantar anak mereka ke sekolah.

"Mangsa juga dibogelkan dan dirakam gambar sebelum dikurung bersama pembantu rumah yang berusia 56 tahun di dalam bilik air," ujarnya.

Sumber

1 comment: