Penumpang tak bayar tambang teksi dicat biru

Dua orang penumpang teksi yang gagal membayar tambang diwarnakan dengan cat berwarna biru. - AGENSI

NIZHNY NOVGOROD, Rusia - Pemandu teksi di sini, mempunyai cara tersendiri bagi menghukum penumpang yang gagal membayar tambang perkhidmatan iaitu dengan mewarnakan tubuh badan mereka dengan cat berwarna biru.

Laman web Oddity Central melaporkan, idea tersebut tercetus daripada watak filem animasi popular Avatar, selepas kebanyakan pemandu teksi terbabit sering berhadapan dengan penumpang yang suka merungut tentang tambang teksi dan enggan membayarnya.

"Kami sering membawa mereka yang enggan membayar caj perkhidmatan ini ke balai polis, namun mereka kemudiannya dibebaskan.

"Jadi kami mengambil keputusan untuk menghukum pelanggan ini dengan memaksa mereka membuka baju dan mengecat tubuh badan mereka sebelum meninggalkan mereka di tengah-tengah jalan," kata seorang pemandu teksi.

Bagi kebanyakan pemandu teksi, tindakan ini disifatkan sebagai berperikemanusiaan dan tidak menyalahi undang-undang.

Pihak polis juga tidak mengambil sebarang tindakan di atas perbuatan tersebut, walaupun rakaman video tentang 'penumpang Avatar' ini sudah tersebar secara meluas di Internet.

Namun, bagi sesetengah peguam, mereka menyifatkan perbuatan pemandu teksi itu boleh diumpamakan seperti samseng dan ia menyalahi undang-undang.

Tindakan boleh diambil jika terdapat mangsa yang mahu memfailkan kes berkenaan ke mahkamah, kata mereka.

Sumber

No comments:

Post a Comment