Foto: Shutterstock
NEW YORK - Seorang lelaki asal New York , AS , memfailkan tuntutan ganti rugi yang diyakini sebagai yang terbesar di dunia , selepas dia digigit seekor anjing .
Anton Purisma ( 62 ) memberikan senarai panjang orang - orang yang dituntutnya , termasuk datuk bandar New York untuk membayar pampasan sebanyak 2,000,000,000,000000,000,000,000,000,000,000,000 dollar AS !
Purisma memasukkan surat tuntutan yang ditulis tangan itu ke sebuah mahkamah persekutuan di Manhattan , New York , pada 11 April 2014 dan menyatakan dia mewakili dirinya sendiri .
Dalam surat tuntutan setebal 22 halaman itu , Purisma mendakwa bahawa jari tengahnya digigit seekor anjing yang dijangkiti rabies dalam sebuah bas bandar , sebelum " pasangan China " mengambil fotonya saat dia dirawat di sebuah hospital.
Dalam surat tuntutan itu Purisma mendakwa rasa sakit yang dideritanya dan sejumlah kerugian lain yang tak boleh diperbaiki sehingga harganya sangat tinggi .
Purisma juga mendakwa hak - hak sivilnya dilanggar , mengalami kecederaan , diskriminasi , penghinaan , penderaan , penipuan , percubaan pembunuhan , mendapat tekanan , dan menjadi mangsa konspirasi .
Sederet nama orang dan institusi menjadi sasaran tuntutan Purisma mulai dari Au Bon Pain , Carepoint Health , Pusat Perubatan Universiti Hoboken , Kmart Store , Lapangan Terbang LaGuardia , Pemerintah Kota New York , dan sederet nama lainnya .
Jumlah ganti rugi yang dituntutnya sangat luar biasa , iaitu angka 2 dengan 36 angka sifar di belakangnya . Jumlah itu jauh melebihi semua wang yang ada di seluruh dunia .
Bukan kali ini saja Purisma mengajukan tuntutan undang-undang . Dalam empat tahun terakhir dia sudah mengajukan tuntutan untuk Republik Rakyat China , sejumlah bank besar , JP Morgan , dan banyak lagi .
Sumber: kompas.com
No comments:
Post a Comment