Makan coklat babi tak berdosa sebab tak tahu

 Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak menghukum diri sendiri dengan beranggapan mereka sudah melakukan dosa besar apabila menelan makanan haram sedangkan tindakan itu, sebelum ini bersandarkan status halal dikeluarkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bagaimanapun Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Noh Gadut menjelaskan tindakan itu perlu dihentikan segera sekiranya sudah mengetahui kesahihannya.

“Yang lepas itu tiada apa-apa, tidak dikira berdosa kerana kita tidak tahu dan tak sengaja kerana percaya dengan logo halal yang tertera pada produk itu.

“Tetapi apabila sudah tahu wajib hentikan menelan benda itu dan umat Islam perlu terima keputusan ini tanpa banyak persoalan,” katanya mengulas berkaitan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelmarin yang mengesahkan sampel coklat Cadbury yang diambil baru-baru ini disahkan mengandungi DNA babi (porcine).

Susulan daripada itu, JAKIM mengambil tindakan menggantung sijil pengesahan halal bagi produk berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman itu mengundang pelbagai persepsi masyarakat yang kebanyakkannya bimbang selepas mengetahui kebenaran itu.

Mengulas lanjut perkara itu, Noh memuji tindakan pihak berkuasa memutuskan perkara itu kerana ia membabitkan isu agama dan impak kepada dunia.

“Saya ucapkan syabas kepada JAKIM dan KKM kerana membuat keputusan berani kerana ingin menjaga kepentingan umat Islam,” katanya.

Sumber

3 comments:

  1. Meamng betullah sebab tak tahu. Kalau redz nak tahu rumah kakak berkeping-keping cadbury macam-macam perisa sebab kami sekeluarga semua suka coklat. Tapi terpaksa buang berpuluh ringgit juga.

    ReplyDelete
  2. nasib baik saya bukan penggemar coklat
    tapiiii makan la jugak sebelum2 ni waaaaa

    ReplyDelete
  3. dh tu mcm mne dlu boleh jadi status halal plak?

    ReplyDelete