Ramesh kagum lihat negara laksana hudud


KUALA LUMPUR - "Pengalaman menyaksikan bagaimana pelaksanaan hukum hudud di Arab Saudi menyebabkan saya terdorong untuk menyokong hukum hudud supaya dilaksanakan di Malaysia".

Demikian menurut Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao apabila diajukan persoalan mengenai isu huhud yang kembali diperdebatkan.

"Bagi saya, saya menyokong hudud.

"Sebab pengalaman saya ke Arab Saudi (Jeddah), hati saya begitu tersentuh tatkala melihat bagaimana keberkesanan perlaksanaan hukum hudud di sana.

"Ketika di sana (hari Jumaat), saya cukup terpegun, bayangkan tatkala umat Islam menunaikan solat Jumaat, semua kedai tidak ditutup, dibiarkan terbuka, tanpa takut dicuri atau dirompak.

"Kemudian saya bertanya kepada orang di sana tentang suasana tersebut, dan mereka katakan kepada saya inilah hudud," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Menyentuh perkara yang sama, Ramesh berkata banyak kebaikannya sekiranya hudud dilaksanakan di negara kita.

"Jika negara kita laksanakan hudud, negara kita  bebas maksiat, tiada kelab malam, rumah urut,dengan itu ianya akan mewujudkan suasana yang  aman damai.

"Oleh itu, sebab apa kita perlu takut dengan hudud,lagipun undang-undang yang sedia ada banyak kelonggaran, penjenayah begitu bebas.

"Sebab penjenayah boleh lantik peguam untuk membela mereka,jadi penjenayah tidak serik untuk ulangi kesilapan mereka.

"Bayangkan ada satu kes (di Malaysia), apabila seorang penjenayah itu ditangkap, apabila diselidik penjenayah itu mempunyai 16 rekod jenayah sebelum ini, itu sebabnya hudud perlu dilaksanakan," jelasnya lagi.

Sumber: Sinar Harian

1 comment:

  1. Untuk pulih dari penyakit perlu makan ubat, sedangkan kebanyakan ubat tidak sedap rasanya. Pilih yang mana, nak makan ubat itu atau tidak.

    ReplyDelete