(Foto) Mr Bean selamatkan pemandu McLaren

 dailymail.co.uk

 Pelakon komedi terkenal, Rowan Atkinson menyelamatkan seorang pemandu kereta sport mewah McLaren F1 kelmarin.

Dalam kejadian di sebatang jalan raya di Tuscany, Itali, Selasa lalu itu, pemandu yang menyertai konvoi permotoran tersebut terbabas sebelum melanggar sebatang pokok.

Pelakon yang popular dengan nama Mr. Bean itu merupakan antara yang pertama berada di tempat kejadian bagi membantu pemandu berkenaan yang merupakan seorang ahli perniagaan warga Amerika Syarikat.

Sewaktu kejadian, Atkinson yang juga memandu kereta jenis sama kebetulan melalui kawasan kejadian sebelum menyedari terdapat kemalangan di situ.

Aktor berusia 59 tahun itu telah bertindak memberikan bantuan dengan menelefon pihak polis Itali dan juga anggota bomba. Pemandu kereta itu telah dikejarkan ke sebuah hospital di Pisa dan dilaporkan berada dalam keadaan baik. - Kosmo!








No comments:

Post a Comment