Pihak berkuasa berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba bunuh diri di Chengdu, Sichuan, China pada 21 Ogos 2002. Lelaki yang merupakan bos syarikat pembinaan swasta ini nekad mengakhiri hidupnya kerana tidak sanggup menggaji pekerja. Foto: Reuters
Orang ramai menyaksikan seorang lelaki yang cuba bunuh diri dari atas jambatan di dekat stesen kereta api di Chongqing, China pada 28 Februari 2005. Lelaki ini nekad melukai tubuhnya dan akan melompat kerana mengaku dirinya telah ditipu ulat tiket kereta api.
Seorang petugas berusaha memujuk wanita yang hendak melompat dari atas hospital di Shenyang, China pada 19 Jun 2007. Wanita berusia 44 tahun ini nekad bunuh diri dengan melompat dari atas bangunan kerana tidak sanggup membayar kos rawatan perubatan.
Aksi nekad seorang wanita duduk atas kabel elektrik di Zhengzhou, China pada 7 Mac 2008. Wanita yang bekerja sebagai petani ini kecewa kerana permasalahan sengketa pemilikan tanah.
Seorang gadis berusia 13 tahun hendak bunuh diri di sebuah hospital di Nanchong pada 18 April 2011. Gadis ini nekad melompat dari tingkap tandas di tingkat 4 kerana doktor mahukan dirinya dirawat
Seorang wanita dalam keadaan telanjang bulat melompat dari atas bangunan ketika cuba diselamatkan di Anhui, China pada 9 Ogos 2010. Wanita ini cuba bunuh diri selepas bertengkar dengan suami. Wanita ini selamat kerana jatuh atas tilam keselamatan yang berada di bawah.
Pihak berkuasa berusaha menyelamatkan seorang wanita yang mengenakan gaun pengantin di Changchun, China pada 17 Mei 2011. Wanita 22 tahun ini nekad mengakhiri hidupnya kerana putus dengan kekasih yang sebelumnya merancang mengahwininya
Seorang lelaki berusaha bunuh diri dengan melompat dari jambatan di Hubei, China pada 8 Oktober 2012. Lelaki ini nekad mengakhiri hidupnya kerana permasalahan ekonomi.
Orang ramai menyaksikan seorang lelaki yang nekad bunuh diri di Shaanxi, China pada 1 Ogos 2013. Lelaki ini mengancam bunuh diri dengan pisau akibat banyak nyamuk di bilik tidak ditangani oleh pengusaha hotel.
Wanita ini cuba melompat dari atas bangunan hospital di Shanghai pada 4 September 2013. Dia kecewa dengan hospital yang dianggap gagal mengoperasi implan payudara.
Polis cuba memujuk seorang lelaki yang ingin melompat dari tingkat tujuh sebuah hotel di Chengdu, Sichuan, China (19/5). Lelaki 32 tahun itu cuba bertindak sedemikina kerana putus dengan kekasih
Petugas berusaha memujuk seorang lelaki yang nekad bunuh diri bersama anaknya di sungai di Zhejiang (24/5). Lelaki ini membawa anaknya berjalan ke dasar sungai kerana permasalahan keluarga.
Foto: Reuters
Sumber: merdeka.com
Dia ingat bila dah mati selesai masalah. Tak tahu lepas mati laaagi banyak masalah...
ReplyDeletekeje gile semua ni
ReplyDelete