Suspek rogol budak 3 tahun dipotong kemaluan

 
SAO PAULO - Seorang lelaki yang dituduh memperkosa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menjadi korban kemarahan rakyat , yang kemudian menyerang dan memotong kemaluan lelaki itu .

Francisco de Souza de Castro ( 66 ) dituduh memperkosa budak perempuan berusia tiga tahun itu di Severenia , Sao Paulo , Brazil . Sekumpulan penduduk kemudian menyerangnya secara ganas sebagai pembalasan atas perbuatan yang dituduhkan kepada lelaki itu .

Penduduk tak puas hati dengan hanya menyerang dan memukul . Mereka kemudian memotong kemaluan dan tiga jari tangan Francisco .

Akibat luka yang sangat parah , Francisco kemudian dikejar ke hospital Santa Casa de Misericordia . Para doktor berusaha menyambung kemaluan Francisco , tetapi gagal .

Laman berita Estadao melaporkan , Francisco dituduh memperkosa budak perempuan itu di sebuah ladang tempat dia bekerja .

Ketua polis setempat , Marcelo Pupo , mengatakan bahawa polis masih memburu para suspek penyerangan ganas ini .

" Kami berharap Francisco boleh mengenali para penyerangnya sehingga kami boleh mengesan mereka , " kata Pupo .

Sementara itu , hasil ujian forensik terhadap budak perempuan itu belum dikeluarkan pihak hospital . Namun , polis yakin bahawa kanak-kanak malang itu memang telah menjadi mangsa rogol

Sumber: kompas.com

1 comment:

  1. Redz tunjuk pisau tu lagilah kakak ngeri membayangkan Fanscisco punya anu kena potong dgn pisau itu heee....

    ReplyDelete