Komando ATM mengamuk di Lahad Datu

LOKASI kejadian di hadapan premis di pekan Lahad Datu. FOTO Mohd Ridzal Abdullah

Lahad Datu: Seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala dua orang awam parah selepas rakan sepasukan mangsa melepaskan beberapa das tembakan di bandar ini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.45 pagi itu, anggota komando yang maut dikenali sebagai LKpl Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, dari Pasir Puteh, Kelantan.

Dua orang awam yang cedera di kaki dan bahu adalah pekerja pusat hiburan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.



Difahamkan, ketika kejadian dua anggota tentera ini dipercayai bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua individu berkenaan.


Bagaimanapun, seorang daripada anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan senjata jenis M-16.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua mangsa masih menerima rawatan di hospital.

Sumber

No comments:

Post a Comment