Lelaki China alami pendarahan otak akibat main game 3 hari tanpa henti

Seorang lelaki asal wilayah Hunan , China , dikhabarkan mengalami ' kerosakan ' otak selepas bermain game tanpa henti selama 3 hari berturut - turut . Lelaki berumur 26 tahun yang tidak disebutkan nama itu pengsan di tempat duduknya selepas marathon game Ubergizmo ( 26 / 5 ) .

Menurut pihak hospital, lelaki tersebut mengalami pendarahan otak yang cukup parah . Selain faktor bermain game , ternyata pendarahan tersebut juga disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak sihat .

Selama tiga hari bermain game , dia hanya mengambil ayam goreng dan minuman berkarbonat atau softdrink secara terus menerus . Hal itu diburukkan lagi dengan keadaan fizikal si lelaki yang ternyata sudah mengalami obesiti . Berat badannya pun telah mencapai 100 kilogram .

Walaupun diberitakan telah selamat dan dapat bergerak , lelaki itu dijangka akan mengalami masalah dalam percakapan sehingga masalah mental akibat kerosakan otak tersebut .

Kejadian ini kian menambah senarai panjang insiden yang melibatkan permainan game yang dilakukan secara berlebihan . Sebelumnya remaja 18 tahun dan 21 tahun meninggal dunia akibat bermain game online di tahun 2012 dan 2013 di China

Sumber: merdeka.com

1 comment: