Misi Liverpool kalahkan Palace dan cetak seberapa banyak gol

Selepas puncak liga dirampas Manchester City, hasrat Liverpool untuk menjadi juara semakin tipis walaupun masih ada peluang. Syaratnya adalah mereka harus menang malam ini.

Awal pagi Selasa ( 6/5/2014 ) Liverpool akan bertandang ke Selhurt Park dan menghadapi tuan rumah Crystal Palace . Jika menang , maka pasukan " Merah " akan kembali menduduki tangga teratas buat sementara .

Selain mengalahkan Palace dan kemudian Newcastle United di minggu terakhir pada 11 Mei , misi lain dari Liverpool adalah mencetak gol sebanyak mungkin. Hingga kini mereka beza  9 gol dari City .

Saat ini baik City mahupun Liverpool mempunyai 80 mata , hasil 25 kali menang , 5 kali seri , dan 6 kali kalah . Mereka juga sama - sama telah mencetak 96 gol . Bezanya , City cuma dibolosi 37 gol , sedangkan Liverpool sudah kemasukan 46 gol .

Jika tidak boleh mengatasi pungutan mata , maka Liverpool akan berurusan dengan faktor perbezaan gol tersebut untuk mengalahkan City dalam perebutan gelaran juara . Itu ertinya , perbezaan 9 gol tersebut harus dipotong bahkan dilampaui oleh pasukan Brendan Rodgers dalam dua perlawanan .

Jika misi itu dirasa " berat " , maka syarat Liverpool untuk juara adalah memenangi dua perlawanan terakhir dan City akan keciciran mata dalam dua perlawanan terakhirnya , iaitu menghadapi Aston Villa ( 7 / 5 ) dan West Ham ( 11 / 5 ) .

YOU'LL NEVER WALK ALONE

4 comments:

  1. x hrp benda lain kecuali hrp city klh o draw

    ReplyDelete
  2. Liverpool pilih laluan berliku.mgharapkan keajaiban selepas ni.apapun u never walk alone.

    ReplyDelete
  3. Leading 3-0 draw 3-3 pulak, what a blow to LFC fan

    ReplyDelete
  4. Go city go......

    ReplyDelete