(Video) Hantu sedang basuh pinggan dirakam CCTV


Sebuah restoran di Iowa, Amerika Syarikat didakwa berhantu oleh pemiliknya dan dia memanggil pemburu hantu demi menyelesaikan persoalan itu.

Akhbar the Huffington Post melaporkan, Khamis (15/5), restoran bernama Chuck and Edna itu yang dilengkapi kamera CCTV merakam entiti aneh seperti bayangan mirip manusia sedang mencuci pinggan.

"Para pekerja merasakan hal ganjil namun saya berkeras tidak ada apa-apa sehingga saya melihat rakaman kamera itu," ujar pemilik restoran Pat Orr.

Selain itu beberapa peristiwa menyeramkan berlaku. Deretan gelas stereofoam jatuh sendiri dari rak dan hampir mengenai bahagian kepala pekerja.

Polis Iowa tengah menyiasat kes ini. Mereka juga belum yakin dengan apa yang dilihat dalam rakaman. Namun polis yakin pasti ada penjelasannya.

Ingin melihat hantu di restoran Chuck and Edna? Berikut videonya..

1 comment: