Kapal Christopher Colombus ditemui

 
Port Au-Prince: Sekumpulan penyelidik dasar laut kelmarin berkata mereka menemui bangkai sebuah kapal di pesisir pantai Haiti dipercayai kapal Santa Maria, milik pelayar Sepanyol, Christopher Columbus daripada pelayaran pertamanya ke Amerika.

Satu sidang media diadakan di New York mendedahkan penemuan bangkai kapal itu dan mengapa mereka berpendapat ia adalah sejarah penting.

Seorang penyelidik Barry Clifford yang juga pakar arkeologi maritim dari Massachusetts, berkata kapal itu ditemui di kawasan lokasi Columbus berkata Santa Maria karam lebih 500 tahun lalu.


Clifford percaya ekspedisi beliau membawa kepada penemuan bangkai kapal berkenaan yang mungkin memberikan bukti cukup untuk mengesahkan kebenarannya, 11 tahun selepas beliau melakukan siasatan terhadapnya.

Semua bukti geografi, keadaan permukaan dasar laut dan arkeologi dengan kukuh mencadangkan bahawa bangkai kapal ini adalah kapal terkemuka Columbus, iaitu Santa Maria, kata Clifford,

Saya yakin bahawa penggalian penuh bangkai kapal akan memberikan bukti arkeologi marin pertama mengenai benua Amerika yang ditemui Colombus, katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: BH

1 comment: