Frozen jadi fenomena di seluruh dunia

Gaun biru yang dipakai oleh karakter Elsa dalam filem animasi, Frozen mendapat permintaan tinggi di United Kingdom. - AGENSI

LONDON  - Kegilaan orang ramai terhadap filem animasi, Frozen menyebabkan syarikat Walt Disney terpaksa mengeksport lebih banyak barangan permainan filem itu ke negara ini, menurut laporan laman web, Mail Online.

Ini berikutan kejayaan filem animasi tersebut yang amat terkenal dalam kalangan kanak-kanak serta ibu bapa yang turut menggemari barangan keluaran Disney termasuklah gaun biru milik karakter Elsa, serta pakaian Anna.

Dilaporkan, barangan permainan berkenaan mendapat permintaan tinggi di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) sehingga menyebabkan stok barangan semakin berkurangan.

Disney dikatakan terpaksa menetapkan kuota bagi beberapa barangan popular untuk mengurangkan pengeluaran, manakala pembeli melalui laman web Disney hanya boleh mendapatkan satu gaun Elsa berharga 15 pound (RM81) serta patung Anna dalam setiap pembelian.

Menurut jurucakap Disney UK, filem Frozen mendapat sambutan hangat di negara ini.

“Kami amat teruja apabila penonton menyukai karakter serta jalan cerita filem itu dan kami berusaha keras untuk memenuhi permintaan pelanggan secepat mungkin," katanya.

Dalam laman web Mumsnet, ramai ahlinya berkongsi maklumat di mana mereka boleh mendapatkan gaun Elsa, manakala di laman web, eBay, penjual barangan Frozen mampu mendapat keuntungan mencecah 600 pound (RM3,249.50).

Sumber

No comments:

Post a Comment