(Foto) Pelakon The Expendables 3 naik kereta kebal hadiri promosi filem

 dailymail.co.uk

 Jika ada barisan bintang yang mampu membuat trafik terhenti seketika, ia tentu saja terdiri daripada pelakon The Expendables 3 iaitu Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, Mel Gibson, Harrison Ford, Jason Statham, Wesley Snipes, Dolph Lundgren, Kelsey Grammer dan Antonio Banderas.

Ahad lalu, mereka memberhentikan seketika pergerakan trafik di Cannes, Perancis, apabila bintang tersohor terbabit muncul bersama kereta kebal ketika menuju ke Hotel Carlton untuk menghadiri majlis sidang akhbar mempromosikan filem terbabit. Ia diadakan sempena Festival Filem Cannes ke-67 di bandar peranginan itu.

Gimik kereta kebal itu turut disertai Kellan Lutz, Victor Ortiz, Glen Powell, Randy Couture dan Ronda Rousey. Jet Li dan Terry Crews pula tidak dapat menyertai aksi berkenaan apabila terikat dengan hal lain.


Kemunculan dua kereta kebal terbabit membuatkan orang ramai berhenti seketika, lalu mengeluarkan kamera mahupun telefon bimbit masing-masing untuk merakamkan detik hebat itu.

Bukan sekadar peminat, jurugambar juga sibuk memetik picu kamera mereka bagi merakam saat mengagumkan itu, lebih-lebih lagi apabila ia menghimpun ramai bintang masyhur di satu lokasi menarik.

Jadi, kepada pembikin filem yang ingin mempromosikan karya mereka dengan cara bergaya, apa kata curi atau tiru saja idea pasukan The Expendables 3 ini? - BH










2 comments: