Lelaki AS mohon kepada mahkamah untuk kahwin dengan laptop

Chris Sevier

SALT LAKE CITY - Entah apa yang ada di dalam benak lelaki ini sehingga nekad mengemukakan permohonan ke mahkamah agar keinginannya untuk menikahi laptop kesayangannya boleh terlaksana .

Chris Servier mengemukakan usul setebal 50 halaman ke mahkamah rayuan AS kerana permohonannya untuk menikahi laptop MacBook miliknya ditolak Kerajaan Negeri Utah .

Chris berkata , cintanya kepada kandungan pornografi yang ada di dalam laptopnya itu tak ubahnya rasa cinta yang dirasakan di antara kekasih sesama jantina .

" Kerajaan Utah melakukan diskriminasi kepada saya apabila mereka menolak keinginan saya menikahi komputer saya , " kata Chris dalam tuntutan hukumnya .

" Saya mendatangi pegawai Kerajaan Utah untuk mendapatkan akta perkahwinan untuk saya dan pasangan komputer saya . Namun , dia menolak ... objek kasih sayang saya memang berada di luar definisi yang sempit , " ujar Chris .

Chris menambah , perkahwinannya dengan si laptop sebenarnya mempunyai risiko yang sangat kecil , dan kemungkinan perceraian boleh dielakkan .

Tahun lalu , Chris Sevier juga memfailkan saman di Florida berkaitan situasi yang sama . Namun , samannya tidak diselesaikan oleh mahkamah di Florida .

Sebelumnya , Chris pernah cuba menggugat rangkaian stesen televisyen A & E untuk memecat Phil Robertson , salah seorang bintang reality show berjudul Duck Dynasty kerana komentarnya yang dianggap mengandung nuansa homofobia .

Chris juga pernah cuba menuntut ganti rugi dari Apple kerana gagal menambah sistem " safe mode " di laptopnya yang dianggapnya sebagai pencetus ketagihan pornografi yang dialaminya.

Sumber: kompas.com

No comments:

Post a Comment