Anak Kelantan di sebalik kejayaan Momota Kento dan Piala Thomas Jepun


SESIAPA yang menyaksikan perlawanan akhir badminton Piala Thomas antara negara kita dan Jepun semalam, antara perlawanan paling mendebarkan adalah permainan kedua membabitkan Chong Wei Feng dan Momota Kento.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan Momota secara straight set sekaligus membuatkan rentak Malaysia untuk bergelar juara semakin pincang.


 Bagaimanapun di sebalik kehebatan Momota bermain, siapa sangka jurulatihnya adalah orang Malaysia.

Jika dilihat pada rekod, Momota juga sebenarnya pernah kalah di Junior World Champion edisi 2011 di tangan pemain Malaysia, Zulfadhli Zulkifli. Dia hanya bangkit sebagai juara pada Junior World Champion edisi 2012.

Salah seorang juru latih yang bertanggung jawab menggilap kemahiran Momota adalah Izuan Ibrahim, warga Malaysia asal Kelantan yang pernah bertugas sebagai guru dan bermain dengan Nusa Mahsuri.

Izuan adalah antara jurulatih yang memainkan peranan besar dalam perkembangan prestasi Momota. Ini dibuktikan menerusi satu pos di Facebook Izuan pada 2011 berbunyi:

 

Izuan berhijrah ke Jepun selepas mendapat tawaran melatih pemain badminton di sebuah kelab seterusnya diberi kepercayaan melatih skuad junior Kebangsaan Jepun termasuk Momota.

Bila ketahui hal ini, kita tidak boleh menyalahkan Izuan yang memilih untuk berkhidmat dengan negara lain sekaligus melebarkan karier selepas pihak luar melihat kebolehannya.

Bak kata Izuan menerusi status Facebooknya:


Sebaliknya mungkin sudah tiba masa untuk pihak berkenaan sedar bahawa kita tidak cukup mengasuh bintang-bintang badminton di negara ini apabila membiarkan permata seperti Izuan hilang ke tangan orang lain manakala Zulfadhli, tidak digilap bintangnya sampai ke peringkat tertinggi.

Sumber

1 comment:

  1. Ni bukan soal asuhan atau gilap menggilap, BAM yg bermasalah smpi diorg tak nak join.

    ReplyDelete