Kedudukan terakhir MH370 di 065515 Utara, 1033443 Timur


SEPANG: Kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum hilang daripada radar ialah di 065515 Utara (longitud) and 1033443 Timur (latitud), menurut kenyataan MAS pada jam 4.20 petang tadi.

Bagaimanapun, MAS masih tidak dapat menghubungi atau menentukan kedudukan pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Awal pagi tadi, Pengawal Trafik Udara Subang terputus hubungan dengan pesawat itu pada jam 2.40 pagi.


"Kami sedang bekerja sama dengan pasukan mencari dan menyelamat antarabangsa dalam usaha mengesan kedudukan pesawat. Sehingga kini, kami belum menerima isyarat kecemasan daripada MH370," menurut kenyataan itu.

MAS juga menyatakan butiran penumpang hanya akan dikeluarkan selepas semua keluarga penumpang dimaklumkan.

Pesawat berkenaan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment