Lickestra, aiskrim keluarkan muzik setiap kali dijilat

 
Kebiasaannya aiskrim hanya mempunyai perasa dan jika ada keistimewaannya pun, hanya mempunyai batang aiskrim berlampu atau mampu mengeluarkan bunyi.

Namun lain pula ceritanya dengan aiskrim canggih yang mengeluarkan muzik setiap kali dijilat. Aiskrim pelik ini dikenali sebagai Lickestra.

Lickestra adalah aiskrim hasil ciptaan dua pereka Amerika Syarikat, Emilie Baltz dan Carla Diana. Batang aiskrim yang dicipta itu diletakkan pada batang aiskrim berkenaan.


Gajet istimewa itu dipasangkan pada batang dengan inovasi yang dilengkapi pengimbas. Pengimbas ini mengirim isyarat kepada komputer yang menyimpan fail audio.

Setiap Lickestra mampu menghasilkan satu jenis bunyian saja. Bunyian boleh diatur dengan tempoh jilatan yang dilakukan.

Jilatan yang singkat menghasilkan bunyi dengan nada yang pendek, manakala jilatan aiskrim pada tempoh lama menghasilkan muzik yang panjang.

Baltz dan Diana sebenarnya sudah mempertimbangkan untuk mengaplikasi teknologi ini kepada makanan lain, bagaimanapun aiskrim adalah lebih sesuai.

Bahkan mereka juga sudah melakukan demonstrasi pertunjukan muzik Lickestra di School of Visual Art di New York.

Sumber: Berita Harian

1 comment: