Konflik Rusia-Ukraine: 'Blackwater' askar upahan AS dihantar ke Ukraine?

 Foto: You Tube

Kiev: Sekurang-kurangnya dua video dimuat naik di YouTube menunjukkan kewujudan pasukan bersenjata tidak dikenali di Donest menguatkan spekulasi askar upahan AS sudah dihantar ke bandar di timur Ukraine yang banyak melihat tunjuk perasaan pro-Russia.

Dua video itu dimuat naik Isnin lalu dengan penjelasan mengenainya dalam bahasa Russia.

Isi kandungannya tidak jelas, namun seolah-olah menampakkan kumpulan bersenjata terbabit muncul ketika protes diadakan sambil mereka menayang senjata masing-masing.

Kumpulan itu bagaimanapun tiba-tiba menghilangkan diri selepas orang ramai didengar menjerit “Blackwater! Blackwater” Blackwater - kini dikenali sebagai Academi - dilihat seperti tentera peribadi yang mampu menjaga kepentingan AS tanpa campur tangan tentera rasmi tentera kerajaan.

Sejak kemunculan video itu, Twitter dipenuhi spekulasi bahawa askar Blackwater bergerak aktif di Ukraine untuk membantu memperkuatkan kerajaan barunya yang pro-Barat.

Seorang pegawai Russia di Kiev turut memberitahu agensi berita Interfax Rabu lalu, 300 pekerja syarikat keselamatan peribadi berada di situ.

“Blackwater memiliki askar upahan yang terlatih dalam operasi ketenteraan.

“Khidmat mereka banyak digunakan malah ada yang dibawa menggunakan kontrak peribadi ke Iraq, Afghanistan dan negara lain,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan kewarganegaraan askar upahan terbabit, namun mendakwa kebanyakannya dari AS.

Sementara itu, pakar keselamatan Institut Kajian dan Pembangunan Polisi Dr Nafeez Ahmed berkata sukar untuk mengesahkan sama ada kumpulan lelaki terbabit adalah anggota Academi.

“Namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

Pihak Academi pernah terbabit dalam pelbagai kejadian.

“Secara asasnya, pakaian seragam dipakai mereka memang nampak seperti yang digunakan tentera upahan AS.

“Tetapi kenapa pula mereka menayangkan diri mereka dan senjata digunakan di khalayak ramai? Mungkin juga ia sekadar propaganda Russia,” katanya.

Sebarang tanda bahawa AS menghantar bantuan boleh dijadikan alasan Presiden Russia Vladimir Putin untuk melancarkan serangan.- Agensi

Sumber: Harian Metro



No comments:

Post a Comment