Chris Lim Pei Xian ditemani ibunya Hiew Wai Lin, 52, dan bapanya Lim Kin Yoon, 51, ketika mengambil keputusan SPM semalam
IPOH - Bayi pertama yang dilahirkan menggunakan kaedah "Gamete Intrafallopian Transfer" (GIFT) di Perak 18 tahun lepas, hari ini mencatat satu lagi sejarah apabila memperolehi keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013.
Bayi itu yang membesar sebagai Chris Lim Pei Xian memperoleh 4A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral dan Matematik sementara 2A- dalam Sejarah dan Matematik Tambahan.
Pei Xian berkata keputusan cemerlangnya itu adalah sebagai hadiah untuk ibunya Hiew Wai Lin, 52 dan bapanya Lim Kin Yoon, 51.
Anak pekebun sayur dari Cameron Highlands yang sedang mengikuti program Matrikulasi Australia di Kolej Sunway kurang menggemari mata pelajaran sains kerana lebih meminati bidang sastera dan bahasa.
"Saya meminati penulisan dan sangat berminat menceburi bidang kewartawanan dan pengacaraan. Saya berharap dapat menjadi seorang wartawan penyiaran suatu hari nanti," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Ave Maria Convent di sini semalam.
Pei Xian yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan Komunikasi Massa berkata beliau pernah menyertai pertandingan membaca berita Mandarin anjuran Han Chiang College di Pulau Pinang dan mendapat tempat kedua.
Ibunya yang merupakan seorang suri rumah berkata beliau berbangga dengan kegigihan Pei Xian melakukan yang terbaik bagi mencapai keputusan cemerlang seperti itu.
"Sejak Chris lahir dia tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang teruk. Dia membesar seperti kanak-kanak lain dan begitu juga dalam pembelajaran," katanya.
Hiew berkata beliau menjalani rawatan kesuburan di Kinta Medical Centre di sini dan disahkan mengandungkan Pei Xian pada Disember 1995 dengan menggunakan kaedah GIFT. - Bernama

No comments:
Post a Comment