Nasha Aziz buat ujian darah kesan penyakit


PETALING JAYA: Pelakon Nasha Aziz terlalu berhati-hati soal penjagaan kesihatan diri kerana risau sekiranya dia terkena penyakit-penyakit serius.

Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 45, berkata, keadaan itu memaksanya menjalani ujian darah bagi mengenal pasti penyakit-penyakit yang ada dalam badan.

"Saya seorang yang terlalu berjaga-jaga dalam hal kesihatan, lebih-lebih lagi dengan usia yang semakin meningkat, tambahan pula sistem imun saya tidak kuat.

"Kerana itu saya telah menjalani ujian kesihatan sebagai langkah awal mencegah apa-apa penyakit. Tetapi, terkejut juga selepas ujian tersebut, ada beberapa penyakit serius terdapat dalam badan saya, cuma ia tidak aktif sahaja," katanya kepada mStar Online.

Tambah Nasha, keadaan itu membuatkan dia mula mengkaji selain meminta pandangan doktor mengenai pemakanan yang sesuai.

Dan sebagai langkah awal, pelakon yang pernah popular menerusi filem Bara itu turut mengamalkan memakan kapsul kunyit untuk memudahkan pembuangan hariannya.

"Alhamdulillah, sejak mengamalkan makan kapsul kunyit, pembuangan saya lebih mudah dan ia dapat melewatkan pengaktifan penyakit yang saya ada itu," tuturnya.

Sementara itu, Nasha berkata dia kini sedang sibuk menjalani tiga jenis perniagaan iaitu dalam bidang korporat, rekaan kasut dan fesyen kosmetik.

"Masih lagi terlalu awal untuk saya kongsi tentang perniagaan ini, tetapi apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah, ia sedang berjalan mengikut perancangan yang dibuat.

"Lebih-lebih lagi perniagaan di bidang korporat, ia mengajar saya mengenai perniagaan di sudut yang berbeza dan pemikiran saya tentang perniagaan sebegini terbuka luas.

“Cuma saya enggan mempromosikannya secara umum kerana saya mahu ia berjaya bukan kerana nama Nasha Aziz, tetapi kerana usaha keras saya.

"Untuk rekaan kasut dan fesyen kosmetik, Insya-Allah saya akan uarkan-uarkan menerusi pelancaran yang dibuat. Saya tidak mahu cerita panjang buat sementara waktu ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nasha bakal muncul menerusi teater Di Bawah Lindungan Kaabah, arahan Rosminah Mohd Tahir yang bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam pementasan itu ialah Adi Putra, Dafi, Elfira Loy dan Liza Abdullah.

Harga tiket teater ini dijual serendah RM30 hingga RM200. Ia boleh dibeli dengan melayari www.AirAsiaRedTix.com.

Sumber: mstar.com.my

2 comments:

  1. Kabar gembira buat para pecinta judi kartu dan poker.
    dewajudiqq sebuah situs judi online terbaik dan terpercaya SE-INDONESIA yang khusus di persembahkan buat anda semua.

    DEWAJUDIQQ merupakan situs judi kartu online terbaik dan terpercaya di INDONESIA, Disini dipastikan tidak ada campur tangan BOT dalam permainan. DIJAMIN 200% play FAIR (player vs player).

    DEWAJUDIQQ mempunyai banyak bonus promo yang menarik dari pada situs JUDI lainnya.
    = Bonus Cashback/Turnover yang besar.
    = Bonus Referral/Refrensi yang sangat menguntungkan para member setia yang telah mengajak temannya bermain di DEWAJUDIQQ.

    DEWAJUDIQQ juga menyediakan banyak jenis permainan yakni.

    Minimal Deposit dan WD yang sangat murah yakni Rp.15.000,- anda sudah dapat bermain 7jenis permainan di sini.

    SUPPORT BANK NASIONAL yang disediakan oleh DEWAJUDIQQ, memastikan segala proses transaksi para member akan dilakukan secara CEPAT, AMAN dan NYAMAN.

    Dengan support SISTEM TERBARU membuat anda para member DEWAJUDIQQ , dapat mengakses segala jenis permainan dari smartphone anda.DEWAJUDIQQ sudah menggunakan sistem terkini yakni mensupport anda bermain di IOS dan ANDROID.

    Anda dapat langsung mengunjungi situs resmi kami dewajudiqq

    Bila anda mempunyai pertanyaan silahkan langsung menghubungi kami di
    Twitter : dewajudiqq99
    Facebook : dewajudiqq
    BBM : 2AF2314F
    WA : +85593827763

    ReplyDelete