Lelaki menari atas kereta gara-gara tertekan di Persiaran Sultan Ibrahim


Klang: Gara-gara dipercayai tertekan dengan masalah dihadapinya, seorang lelaki menari di atas keretanya ketika kenderaannya berhenti Persiaran Sultan Ibrahim, Sabtu lalu.

Tindakan lelaki berusia 30-an itu dirakamkan seorang penunggang motosikal yang hairan melihat kelakuannya ketika pemandu itu memandu seorang diri dan rakaman berdurasi 3 minit 13 saat itu kemudian dimuat naik ke media sosial Facebook.

Sumber berkata, perbuatan lelaki yang jelas menjejaskan keselamatan dirinya itu berpunca daripada tekanan yang dihadapinya dan difahamkan, menari cara dia melepaskan tekanan.

Bagaimanapun tindakannya menari di atas jalan raya yang penuh dengan kenderaan dengan membiarkan enjin kenderaan masih hidup itu mengundang pelbagai reaksi pelayar laman sosial yang turut menyangka dia mabuk atau berada dalam pengaruh dadah seperti tertera pada ruangan komen.


Dalam rakaman turut memaparkan nombor pendaftaran kenderaan lelaki terbabit, pemandu Honda Accord itu didapati terus melakukan tarian di atas bumbung keretanya tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber: Harian Metro

6 comments:

  1. gara2 mh370 x jumpa2

    ReplyDelete
  2. lepas ambik brim rm650, kena saman on the spot then sangkut traffic jam.. semua org blh jadik mental kalo itu mcm

    ReplyDelete
  3. Sakit jiwa ni Redz.
    Kalau tak mana mungkin dia buat macam itu.

    ReplyDelete
  4. haha.. ada gak tgk 2 hari lepas. mmg menghiburkanlah kalau time jem cmni ada.. apapun, dia ni bagus sbb tak pukul org yg rakam. siap buat show atas bumbung lagi.. hehe

    ReplyDelete