Showing posts with label serius. Show all posts
Showing posts with label serius. Show all posts

6 kisah babysitter yang kejam di dunia


Frederick Mitchell

Pada bulan Mac 2013 , Frederick Mitchell ( 21 ) dari Cincinnati , AS diminta menjaga anak berumur 4 bulan , Elliot Magrditchian , yang merupakan anak rakan serumahnya sendiri . Selama menjaga bayi , Mitchell melempar - lempar Elliot ke dinding tanpa alasan yang jelas .

Elliot dibawa ke hospital lalu meninggal beberapa hari kemudian . Mitchell didakwa melakukan tindakan kekerasan . Tapi setelah pihak forensik mendapati kematian Elliot kerana pembunuhan , dakwaannya ditambah dengan pembunuhan dan Mitchell dijerat hukuman penjara seumur hidup . Kini dia tengah menunggu perbicaraan .


Agnes Wong

Pada tahun 2007 , Agnes Wong diupah untuk menjaga bayi di Manchester , England berumur 16 bulan bernama Hugo Wang . Di tarikh 25 Januari , Hugo dibawa kehospital kerana luka serius di kepala dan pergelangan kaki . Ada luka gigitan , lebam , luka terbakar , dan bekas pukulan .

Wong mengaku dia hanya mendisiplinkan Hugo kerana nakal . Adapun luka terbakar diperolehnya kerana bermain - main dengan pengering rambut . Hugo meninggal pada 26 Januari 2007 dan Wong didakwa dengan pembunuhan beberapa hari kemudian . Dia dijatuhi hukuman 5 tahun penjara , namun baru berjalan 2 tahun dia dihantar pulang ke Malaysia .


David McGreavy

Dijuluki dengan sebutan ' The Giant from Worcester ' , David McGreavy adalah lelaki muda yang tinggal bersama sebuah keluarga di Worcester , United Kingdom pada tahun 1973 . Suatu hari , dia diminta menjaga 3 anak keluarga tersebut . Gilanya , dia malah membunuh ketiganya dan menusukkan mayatnya di pagar rumah .

Dia ditangkap di hari yang sama dan dipenjara seumur hidup . Pada tahun 2009 , dia menukar namanya lantaran selalu diserang oleh banduan lain yang mengenalinya , namun namanya dikembalikan lagi di tahun 2013 . Sudah 8 kali dia mengajukan parol namun selalu gagal .


Yoselyn Ortega

Yoselyn Ortega ( 50 ) bekerja dengan keluarga Krim untuk menjaga ketiga anaknya . Suatu ketika si ibu , Marina Krim , pulang selepas menjemput seorang anaknya dari belajar berenang dia terperanjat melihat 2 anaknya , iaitu Lucia ( 6 ) dan Leo ( 1 ) berada di dalam tab penuh darah . Keduanya ditikam sampai mati oleh Ortega .

Ketika Marina memasuki bilik Ortega , dia mula menusuk dirinya sendiri dengan pisau dapur . Marina membuang pisau tersebut. Ortega dibawa ke hospital dan berjaya diselamatkan . Diduga motif pembunuhan adalah stres dan marah kerana ditolak permintaannya naik gaji .


Karl McCluney

Karl McCluney ( 15 ) diminta menjaga anak berumur 2 tahun bernama Demi Leigh Mahon selama 1.5 jam sementara ibunya melakukan beberapa tugas . Selepas bermain di taman , Karl kembali ke rumah Demi , lalu memukul , menggigit , dan mencukur kepalanya . Ketika ibunya pulang , Karl sedang menonton TV sedangkan Demi sudah hampir mati .

Demi dikejar ke hospital dengan 69 luka , kerosakan otak , dan perlu dipasang alat sokongan hayat. Hasil pemeriksaan psikiatri mendapati bahawa Karl mempunyai IQ rendah dan berasal dari keluarga broken home . Motifnya adalah kerana Demi mengganggunya . Dia dihukum penjara 15 tahun .


Gabriela Gonzales

 Gabriela Gonzales mengasuh bayi bernama Kiery Nicole di Maryland , AS pada bulan Oktober 2011 . Sayangnya , Kiery menderita ruam dan Gonzales tak berjaya membuatnya berhenti menangis . Kecewa , dia menggoncang - goncang bayi 2 tahun itu , lalu memukul kepalanya di tandas .

Kiery meninggal 3 hari kemudian . Hasil autopsi mendapati adanya pendarahan pada otak dan saraf tunjang , juga keretakan tengkorak . Gonzales berkata Kiery cedera kerana jatuh dari tempat tidur . Selama perbicaraan , dia tak menunjukkan penyesalan sehingga dijatuhi hukuman maksimum 20 tahun penjara .

Rakaman video tragedi 9/11 dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)


13 tahun lalu, 11 September 2001 pukul 8.46 pagi, pesawat American Airlines Penerbangan 11, menghentam Menara Utara WTC. Lalu, 17 minit kemudian, pesawat kedua - American Airlines Penerbangan 77 melanggar menara kedua. Akibatnya, 2,997 maut.

Itu keganasan terdahsyat dalam sejarah AS. Saat itulah Angkasawan NASA, Frank Culbertson merakam kesan kedahsyatan keganasan itu dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Rakaman tersebut ditayangkan oleh televisyen Inggeris Channel 4. Salah satunya bagaimana kepulan besar asap kelihatan dari tapak menara kembar World Trade Centre .

Malang sekali, berjam - jam kemudian , Culbertson - angkasawan yang merakam kejadian itu - mengetahui bahawa rakannya , Chic Burlingame , adalah salah satu pilot yang maut selepas pesawatnya dirampas para pengganas .

Program siaran langsung bertajuk ' Live From Space : Lap Of the Planet 'ditayangkan pada Ahad 16 Mac 2014 , dipandu presenter Dermot O'Leary dan angkasawan veteran Mike Massimino.

Rakaman singkat serangan 9/11 pernah dikeluarkan NASA untuk memperingati 10 tahun serangan pada 2011 namun tak secara menyeluruh dan tidak menyertakan kisah si perakam.


Foto aksi berani pemburu madu di sarang lebah terbesar di dunia

Seorang lelaki sedang memburu madu pada sarang lebah terbesar di dunia yang berada di kaki gunung Himalaya, Nepal.






Foto: dailymail.co.uk

Video: Rakaman Suara Terakhir Juruterbang Dari Kotak Hitam


KEHILANGAN penerbangan MH370 milik MAS sejak Sabtu lalu telah membuka mata banyak pihak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penerbangan.

Selain pernah memaparkan maklumat mengenai kotak hitam, mStar pada Jumaat ingin berkongsi rakaman kotak hitam dari pesawat Adam Air yang beroperasi di Indonesia.

Adam Air yang menyediakan penerbangan tambang murah terawal di Indonesia  turut mencatatkan tragedi hitam apabila pesawatnya jenis Boeing 737-400 terhempas pada 1 Januari 2007.

Ketika kejadian pesawat tersebut membawa 96 penumpang dan dalam perjalanan dari Surabaya ke Manado.

Pesawat dengan nombor penerbangan KI-574 itu menjunam ke laut Sulawesi akibat cuaca buruk.

Kehilangan pesawat itu turut membingungkan pihak berkuasa Indonesia dan bagaimanapun penemuan kotak hitam merungkai segala yang berlaku.

Ikuti rakaman terakhir yang direkodkan kotak hitam pesawat berkenaan.


Sumber: mstar.com.my

Kedudukan terakhir MH370 di 065515 Utara, 1033443 Timur


SEPANG: Kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum hilang daripada radar ialah di 065515 Utara (longitud) and 1033443 Timur (latitud), menurut kenyataan MAS pada jam 4.20 petang tadi.

Bagaimanapun, MAS masih tidak dapat menghubungi atau menentukan kedudukan pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Awal pagi tadi, Pengawal Trafik Udara Subang terputus hubungan dengan pesawat itu pada jam 2.40 pagi.


"Kami sedang bekerja sama dengan pasukan mencari dan menyelamat antarabangsa dalam usaha mengesan kedudukan pesawat. Sehingga kini, kami belum menerima isyarat kecemasan daripada MH370," menurut kenyataan itu.

MAS juga menyatakan butiran penumpang hanya akan dikeluarkan selepas semua keluarga penumpang dimaklumkan.

Pesawat berkenaan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Sumber: Berita Harian

Pesawat Hilang: Kenyataan bangang di Twitter, Zed Zaidi minta maaf

Di saat satu negara menanti penuh resah nasib penumpang pesawat MH370 yang masih hilang, Presiden Seniman, Zed Zaidi mengeluarkan kenyataan yang membuatkan dirinya diselar banyak pihak.

Dianggap tidak sensitif dengan keadaan semasa, Zed tidak sepatutnya mengupas perkara ini secara sinikal dan berbaur hentaman kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) memandangkan masalah sebenar masih belum dapat dikenalpasti.


 Bagaimanapun selepas menerima banyak komen ‘nasihat’ di Twitter, Zed Zaidi akhirnya mengakui kesilapan dan memohon maaf.

“Saya Mohon Maaf Atas Kenyataan Mengenai Kapal Terbang MAS Yang Hilang di Twitter & FB Sy tadi. Saya Tiada Niat Utk Memburukan Lagi Keadaan,” demikian permohonan maaf diucapkan menerusi Facebook Rozaidi Jamil (Zed Zaidi) miliknya.

Manakala menerusi Twitter, Zed memuatnaik status:



Diharapkan semua pihak, apatah lagi jika anda mempunyai kedudukan tertentu berhati-hatilah sebelum mengeluarkan komen apatah lagi apabila membabitkan isu nasional.

Tersilap cakap, reputasi anda mungkin tercalar selain dianggap ‘kurang cerdik’ - mynewshub.my

Pesawat Hilang: Kerja Mencari Dan Menyelamat Tertumpu Di Laut China Selatan

 Gambar hiasan

PETALING JAYA: Kerja-kerja mencari dan menyelamat pesawat MH787 KL - Beijing yang terputus hubungan dengan menara kawalan di Subang, pagi Sabtu akan tertumpu di Laut China Selatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata kali terakhir penerbangan MH370 berhubung dengan menara kawalan adalah pada posisi 120 batu nautika dari Kota Bharu, merentasi Laut China Selatan.

"Ia merupakan kawasan sempadan laut Malaysia - Vietnam," katanya pada sidang media khas di KLIA, Sabtu.

Beliau berkata, kerjasama akan dilakukan dengan pihak berkuasa Vietnam dalam usaha menjejaki pesawat tersebut.

Terdapat 38 rakyat Malaysia dalam pesawat MAS yang hilang itu.

Penumpang lain ialah dari China (152), Indonesia (12), Australia (6), Perancis (3), Amerika (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1).

Anak-anak kapal yang berada dalam pesawat malang itu dikenal pasti sebagai Zaharie Ahmad Shah, Farid Ab Hamid, Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.

Sumber: mstar.com.my

Pesawat MAS ke Beijing hilang

 Gambar hiasan

SEPANG: Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur terputus hubungan dengan menara kawalan udara Subang, 2.40 pagi ini.

Pesawat B777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam tadi untuk penerbangan ke Beijing.

Ia dijadualkan mendarat pada jam 6.30 pagi tadi.

Pesawat itu membawa 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal.


Malaysia Airlines kini bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pasukan mencari dan menyelamat sedang mencari pesawat ini.


Orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk mendapat maklumat lanjut.

Sumber: Harian Metro

Memalukan! 5 bintang porno cantik ini beragama Islam

 Saidah Voraji

wanita India yang hijrah ke sebuah bandar di England ini merupakan seorang wanita muslim yang terlibat dalam industri porno hingga kini. Saidah sendiri mempunyai nama panggung iaitu Sahara Knite.

Penglibatannya dalm industri porno telah menuai kecaman dari keluarganya. Seperti yang dilaporkan oleh wikiislam.net, Sahara semasa kecil merupakan gadis bertudung yang setiap hari mengaji dan juga solat lima waktu. Namun suatu hari Sahara merasa hidupnya menjenuhkan hingga membuat dia memilih untuk menjadi pelakon filem dewasa.

 Tehmeena Afzal

Merupakan wanita kelahiran Pakistan yang juga menuai banyak kritikan. Afzal dilahirkan dari latar belakang keluarga Islam yang sangat keras. Namun entah mengapa dia memutuskan untuk masuk ke dalam industri dewasa.

Seperti yang dilaporkan oleh modelmayhem.com, Afzal pun juga menrima banyak cemuhan dan kritikan yang ditujukan kepadanya tatkala foto ghairah dan panasnya mulai tersebar. Namun wanita berambut hitam ini nampak tenang dan tetap fokus pada apa yang dia jalani saat ini.

 Sila Sahin

Seorang warga negara Jerman yang lahir pada 3 Disember 1985. Menurut wikipedia.org, dia merupakan seorang model cantik yang memeluk agama Islam. Sila dibesarkan dari keluarga yang sangat taat dan konservatif.

Namun saat ia mulai menjajaki dunia model, banyak tawaran yang  datang  pada Sila. Tak terkecuali tawaran berlakon filem dewasa di mana dia harus telanjang bulat tanpa sehelai kain pun. Gadis itu pun menuai kecaman keras dari awam, keluarga dan pemeluk agama Islam lainnya.

 Sibel Kekilli

Wanita cantik ini lahir di Jerman 33 tahun yang lalu. Dia merupakan wanita berdarah Turki yang menjadi pelakon dan model di Jerman. Menurut wikipedia.org, Sibel Kekilli adalah pelakon ternama  yang namanya sudah sering dijumpai di beberapa filem terkenal.

Sibel yang telah memutuskan untuk menjadi pelakon filem dewasa terpaksa berhadapan dengan kecaman dari keluarga dan juga orang awam. Sibel merupakan wanita yang lahir dalam keluarga muslim dan taat dalam beribadah dan nampaknya keputusannya telah membuat keluarga Sibel merasa terhina.

Shazia Sahari

Wanita cantik ini mempunyai darah Pakistan dan juga Arab Saudi ini telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan menjadi bintang porno. Wanita seksi bermata coklat ini memulakan kerjayanya di industri porno pada tahun 2011.

 Kecaman dan kritikan pedas terhadap dirinya sebagai wanita Muslim bukan merupakan hal yang aneh dan baru lagi bagi Sahari.

Sumber; vemale.com

Kejam! Zirafah dibunuh untuk santapan singa di Zoo Denmark

Sebahagian pengunjung zoo menyaksikan seorang petugas saat hendak melapah seekor zirafah di Zoo Copenhagen, Denmark, ahad (9/2). Petugas Zoo Copenhagen tega menembak kepala dan kemudian melapah seekor zirafah jantan yang bernama Marius berusia 2 tahun dengan alasan mengelakkan perhubungan sedarah dan pembiakan genetik.
 






 Marius sebelum dibunuh oleh pengelola Zoo Copenhagen. Menurut catatan, sekitar 20-30 haiwan seperti kambing, dan babi hutan di Zoo Copenhagen mengalami nasib yang sama.


Tindakan kejam pengelola Zoo Copenhagen ini menuai banyak protes dari puluhan ribu pencinta haiwan.

Dr Aafia Siddiqui mangsa fitnah AS

 DR Aafia Siddiqui
DR Aafia Siddiqui, ibu kepada tiga anak dari Pakistan ini diculik dan diseksa di penjara Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Bagram selama beberapa tahun sebelum dipindahkan secara rahsia ke Amerika Syarikat (AS).

Ahli neurologi tersebut menjadi mangsa ketidakadilan AS selepas dijatuhi hukuman penjara 86 tahun pada 2010. Kes terhadap Dr Aafia Siddiqui dipalsukan oleh rejim bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush dan Agensi Perisikan Pusat (CIA). Hukuman ke atasnya dirancang Mossad dan turut dibantu rejim bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf.

Kehidupan Awal Dr Aafia Siddiqui dilahirkan pada 2 Mac 1972 di Karachi, Pakistan merupakananak bongsu daripada tiga adik beradik kepada pasangan Mohammad Siddiqui dan Ismet.

Beliau berpindah ke Texas sebelum melanjutkan pengajian ke Institut Teknologi Massachusetts (MIT) pada 1990. Ketika di MIT, Aafia menyertai Persatuan Pelajar Muslim (MSA) dan turut bergiat aktif dalam program memberi penjelasan mengenai keindahan agama Islam kepada penuntut bukan Islam serta memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang.

Selepas tamat pengajian pada 1995, Aafia mengahwini pelajar perubatan, Mohammed Amjad Khan dan menyambung pengajian di Universiti Brandeis dalam bidang neurosains kognitif.

Akibat daripada kesukaran bagi orang Islam untuk terus tinggal di AS selepas insiden 9/11 menyebabkan Aafia dan suaminya memutuskan untuk kembali semula ke Pakistan.

Bagaimanapun, Aafia dan suaminya bercerai ketika beliau sedang hamil anak ketiga yang ketika itu kandungannya mencecah lapan bulan.

Pada Disember 2002, Aafia kembali semula ke AS tanpa membawa anakanaknya untuk mencari pekerjaan di kawasan Baltimore.

Tidak lama selepas itu beliau bersama anaknya dilaporkan hilang selepas pihak berkuasa Pakistan menahan dalang serangan 9/11, Khalid Sheikh Mohammed.


Misteri kehilangan

Menurut ibu Aafia, wanita itu hilang tanpa khabar berita selepas meninggalkan rumah dengan menaiki teksi Metro pada 28 Mac 2003 untuk ke lapangan terbang.

Ketika berita kehilangannya dilaporkan, Kementerian Dalam Negeri Pakistan membuat pengesahan berhubung penahanan seorang wanita yang didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan.

Media turut melaporkan, Aafia diberkas agensi risikan di Karachi dan dihantar ke lokasi rahsia untuk disoal siasat.

Setahun selepas itu, jurucakap telah diserahkan kepada pihak berkuasa AS tanpa alasan kukuh.

Aafia dilaporkan hilang lebih setahun selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memuat naik gambarnya dalam laman rasmi mereka kononnya sebagai cara untuk mengaburi mata masyarakat.

Bagaimanapun, pada Februari 2010, anak sulung Aafia yang dibebaskan daripada tahanan pihak berkuasa tampil membuat pendedahan bagaimana dia bersama ibu dan adiknya ditahan kira-kira 15 hingga 20 orang menaiki empat kenderaan yang kemudiannya bertindak menculik mereka.

Ditahan selama lima tahun Aafia mendakwa beliau bersama anaknya diculik perkhidmatan risikan Pakistan sebelum dipindahkan ke pusat tahanan AS.

Wanita itu ditahan di beberapa lokasi rahsia selama lima tahun dan Aafia didera serta turut dirogol dengan kejam ketika beliau dipenjarakan di Bagram sebagai banduan 650.

Ketika itu, Aafia terpaksa menanggung derita kerana menjadi mangsa penderaan mental dan fizikal selama beberapa tahun.

Pada 4 Ogos 2008, pendakwa raya persekutuan AS mengesahkan Aafia dihantar ke AS dari Afghanistan.


Perbicaraan berat sebelah

Perbicaraan ke atas Aafia berlangsung pada 19 Januari 2010 di Mahkamah Persekutuan Manhattan.

Beliau didakwa merancang melancarkan serangan ke atas Empire State, Brooklyn Bridge dan Wall Street serta cuba untuk menyerang pihak berkuasa AS.

Difahamkan, sepanjang dua minggu perbicaraan berlangsung, kebanyakan saksi dilaporkan turut memberi keterangan bercanggah hingga menyebabkan kes tersebut menjadi semakin rumit.

Pada 3 Februari, Aafia didapati bersalah di atas semua pertuduhan walaupun tiada bukti kukuh dan beliau ditahan sekali lagi di Pusat Tahanan Metropolitan di New York.

Pada April 2010, anak perempuan Aafia, Maryam dipulangkan semula kepada rumah keluarganya di Karachi oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Ketika dalam satu sidang media, Senator Talha Mehmood memaklumkan, Maryam Siddiqui ditemui di pangkalan tentera udara Bagram.

Menurutnya, budak malang itu dikurung tanpa perikemanusiaan dalam sebuah bilik gelap selama tujuh tahun.

Selepas beberapa kali perbicaraan ditangguhkan, Aafia akhirnya dijatuhi hukuman penjara 86 tahun selepas disabit bersalah di atas lima pertuduhan pada 23 September 2010.


Trivia

-Aafia memiliki 144 sijil dan ijazah kepujian dalam bidang neurologi dari pelbagai institut pengajian tinggi di seluruh dunia.

-Merupakan satu-satunya ahli neurologi di dunia yang dianugerahkan Doktor Falsafah oleh Universiti Harvard.

-Enam bulan selepas bercerai, Aafia didakwa mengahwini Ammar al-Baluchi, sepupu kepada Khalid Sheikh Mohammed tetapi laporan itu dinafikan keluarganya.

- Beliau adalah Hafizah al-Quran. Kini dilaporkan hilang ingatan akibat penderaan fizikal, seksual dan psikologi ke atasnya. Ditahan dalam kurungan seorang diri di Penjara Carswell di Texas.

- Digelar Daughter of Nation.

- Pergerakan Aafia ditubuhkan ketika ulang tahun ke-10 insiden penculikan beliau bersama tiga anaknya pada akhir Mac lalu.

- Kehilangan anak bongsu Aafia, Suleman masih menjadi tanda tanya hingga kini.

Sumber: Sinar Harian

Guru-guru wanita ini terlibat skandal seks dengan pelajar sendiri

Guru wanita berikut ini seolah telah melecehkan pekerjaan mulia tersebut. Mereka melakukan perbuatan yang seharusnya tidak mereka lakukan dengan muridnya, iaitu hubungan seksual.

 1. Debra Lafave

Wanita yang sekarang berusia 32 tahun ini, pada tahun 2004 ditahan karena melakukan hubungan seksual dengan salah seorang muridnya yang berusia 14 tahun. Padahal waktu itu dia baru menikah dengan lelaki bernama Owen Lafave, yang langsung mencerainya kerana  perbuataannya itu. Debra Lafave masih mempunyai sisa masa percobaan 4 tahun sampai saat ini.

 2. Kelly McKenzy Watson

Ogos 2012, Guru pendidikan khas untuk penyandang cacat mental berumur 34 tahun ini dipaksa tinggal di balik jeriji penjara kerana melakukan hubungan seksual dengan seorang bekas muridnya yang masih berusia 17 tahun. Namun beberapa hari kemudian, wanita asal California, AS ini dikhabarkan membayar jaminan sebanyak $ 45,000 ). Dia pun dipecat dari sekolah tempatnya mengajar.

 3. Megan Crafton

Adalah seorang guru sambilan berumur 22 tahun yang mengajar sorak di sebuah sekolah di Shelbyville, Indiana, AS. Pada bulan Jun 2012, dia dilaporkan kepada pihak berwajib oleh seorang remaja lelaki dari pasukan bola keranjang sekolahnya, saat dia melakukan perbuatan tidak senonoh dengan sang remaja di sebuah kereta di halaman sebuah kedai makan pada bulan Januari 2012 lalu.

 4. Irene Isabel Khan

Bulan Jun 2012, guru berumur 32 tahun ini dituduh melakukan hubungan seksual dengan salah satu muridnya yang berusia 14 tahun. Mereka melakukan perbuatan mesum mereka berkali-kali, di dalam kereta sang guru, di pangsapuri, dan beberapa hotel / motel di kawasan mereka

 5. nicole Jacques

Guru yang pernah mengajar di sekolah kristen di Pennsylvania, AS ini ditangkap pada bulan Mac 2012 lalu dengan tuduhan melakukan hubungan seksual dengan muridnya yang berusia 15 tahun. Wanita berumur 25 tahun ini dilaporkan oleh orang tua sang murid setelah mengetahui tindakan penyelewengan ini.

 6. Stephanie Cobb

Guru 26 tahun ini berhubungan seks dengan muridnya yang baru berusia 16 tahun. Sebelumnya mereka berkomunikasi melalui telefon sebanyak 500 kali dan saling berbalas mesej singkat sebanyak 12,000 kali hanya dalam kurun waktu empat bulan. Kepada detektif yang memeriksanya, sang remaja mengakui hubungan mereka dilakukan di dalam kereta Stephanie di Deltona Park, sebuah taman di Florida, AS.

 7. Stephanie Dickinson

Pernah ditangkap kerana melakukan sexting (pesan singkat berisikan ajakan hubungan seksual) dengan salah satu murid sekolahnya yang berusia 14 tahun, anggota dewan sekolah ini kembali ditahan dibalik jeriji besi setelah dilaporkan oleh remaja lain kerana melakukan hubungan seksual saat remaja ini baru berusia 17 tahun. Sang remaja, yang kini berusia 21 tahun, mengakui perbuatannya dengan dengan wanita berumur 38 tahun ini, pada tahun 2008 lalu.

 8. lauren Redfern

Adalah seorang guru SMA berusia 26 tahun yang dituduh melakukan hubungan seksual dengan salah seorang muridnya di bilik mandi sekolah.
Dia mengundurkan diri dari pekerjaannya selepas ditangkap oleh pihak berkuasa.

 9. Laura Lee Kelly

Seorang pembantu guru dari negara bahagian Arizona, AS digugat ke mahkamah kerana meninggalkan anak 6 tahunnya dengan orang tidak dikenali agar dia boleh melakukan hubungan seksual dengan dua teman lelakinya Ogos 2012 lalu. Menurut fail mahkamah, wanita satu ini mengidap penyakit 'manic sexual rage', dimana dia tidak boleh mengawal diri dan melakukan apa-apa demi memuaskan hasrat sexualnya.

10. amber Jennings

adalah seorang guru Bahasa Inggeris yang berasal dari Massachusetts, AS. Dia mengakui perbuatannya di mahkamah selepas dilaporkan oleh orang tua murid, bahawa dirinya telah menghantar gambar dirinya yang sedang telanjang melalui email kepada seorang muridnya yang berumur 16 tahun.


Sumber: kapanlagi.com

Ibu malu video anak beromen tersebar

RAKAMAN video pasangan kekasih dimuat naik dalam YouTube.

Kuala Lumpur: “Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami dan anak saya bukan gadis liar yang boleh keluar rumah sesuka hati.

“Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yang mengata), mungkin baru mereka tahu apa yang saya dan suami rasakan sekarang. Saya merayu, fahamilah situasi kami dan janganlah tuduh kami yang bukan-bukan.”

Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas rakaman video anak perempuannya yang berusia 15 tahun dengan ‘aksi mesra’ bersama teman lelaki, kini tersebar meluas di laman YouTube dan Facebook (FB).

Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F dengan teman lelakinya yang juga berusia belasan tahun memang diketahuinya, namun dia tidak menyangka mereka akan bertindak sejauh itu.


“Saya memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula sampai merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke Internet,” katanya.


pilihan-anda.blogspot.com


Kesan ketagihan Steroid, wanita ini berubah menjadi lelaki


 Bagi banyak orang , di antaranya para pelakon Hollywood dan ahli sukan bina badan antarabangsa , steroid anabolik telah menjadi rutin dari kehidupan. Sayangnya ia mempunyai kesan sampingan yang buruk, iaitu kerosakan hati. Menggunakannya hanya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Kesan sampingan yang lain , otot menjadi lebih besar seperti yang di alami bekas pelayan bar , Candice Armstrong.

Di antara penggunaan ubat- ubat untuk meningkatkan prestasi , Candice menjatuhkan pilihannya kepada steroid. Dia kini berubah secara fizikal menjadi lelaki selepas melakukan penyalahgunaan steroid.

Foto: Daily Mail

Candice yang dulunya cantik dengan rambut perangnya , kini berubah menjadi lelaki berbadan kekar dengan rambut hitam. Badan kekarnya mampu dibandingkan dengan pelakon Arnold Schwarzenegger dan banyak rambut yang tumbuh di sekitar punggung, dada dan bibir bahagian bawahnya. 

Candice tidak pernah menyangka bahawa dirinya akan menjadi sangat maskulin saat pertama kali mengambil ubat- ubatan tersebut , tetapi dia mengatakan bahawa sekarang sudah terlalu terlambat bagi dirinya untuk berhenti.

"Ini di luar rancangan saya ". "Saya tidak ingin mengubah diri saya dari seorang wanita menjadi seorang lelaki . " ujarnya

Kesan sampingan yang dialami Candice sudah sangat parah, seiring dengan rambut dan jerawat yang tumbuh secara berlebihan, klitorisnya pun telah membengkak , sehingga terlihat menyerupai organ intim lelaki . Kini payudaranya juga telah berubah menjadi otot- otot dada pectoral khas ahli bina badan lelaki .

Payudaranya juga telah menderita dan sekarang tergantung tak bernyawa. Ini merupakan perkembangan pesat di bahagian otot -otot dada. " Payudara saya kini sudah tidak berisi lagi , mungkin sudah tidak seindah dulu, tapi aku suka . " Candice tidak mahu untuk menamatkan konsumsinya terhadap steroid. " Saya fikir itu malah hanya akan membahayakan diriku. "

" Steroid membuat saya dapat mengubah tubuh sebagaimana yang saya inginkan, ia memberikan saya peluang untuk hidup di luar yang saya impikan " ujar Candice .

wolipop.detik.com

(11 gambar) Muzium mayat mangsa HIV/Aids yang diawet

Muzium ini terletak di Wat Siam Lopburi, Thailand. Ia bertujuan untuk memberi tahu pada masyarakat, betapa mengerikannya HIV itu.












forum.viva.co.id