Kuala Lumpur: Sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.
KAPAL KD Selangor berlayar ke lokasi pencarian di Koridor Selatan, semalam.
Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.
KRU KD Terengganu bersiap-sedia memulakan SAR.
“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370.
Sumber: Harian Metro

semoga cepatlah dapat jumpa
ReplyDeletedah masuk hari ke 12 ni, spekulasi pon dah macam2. naik nyampah dengar spekulasi ni
Semakin rumit dah mencabar kakak tengok. Harap adalah sedikit clue yg membantu. Teruskan doa-doa kita.
ReplyDeletemn la pergi nyer yek
ReplyDeleteBagus, Komando Malaysia memang hebat sehingga digeruni dunia. lagi cepat selesai
ReplyDeletegood & excellent, tabik laa...
ReplyDeletemasih ada harapan..
ReplyDeleteYa Allah, permudahkan lah usaha komando2 kita dan lindungi lah semua anggota keselamatan yang terlibat. Amiin......
ReplyDelete