Rumah ini dilanggar kereta 40 kali dalam tempoh 14 tahun

 Foto: Daily Mail

Rumah memang menjadi tempat paling selesa dan menyenangkan bagi setiap orang di seluruh dunia . Namun pemilik rumah satu ini tidak boleh hidup tenang di kediamannya sendiri . Sebabnya rumahnya selalu menjadi sasaran kemalangan kereta .

Rumah ini adalah milik Ted Grayson yang berada di desa Nether Haugh , Rotherham , United Kingdom . Ted mengaku bahawa dalam tempoh 14 tahun rumahnya telah dilanggar oleh 40 kereta . Dia mendedahkan bahawa lokasi rumahnya yang berada di selekoh bukit sering membuat pemandu kereta yang memandu dengan kelajuan tinggi tidak boleh mengawal kenderaannya dan akhirnya melanggar kediamannya tersebut .

" Pemandu itu nampaknya secara teratur melanggar rumahku , " ujar Ted . " Setiap jengkal rumahku telah mengalami kerosakan teruk selepas dilanggar 40 kali sejak aku pindah ke sini 14 tahun lalu . "

Lelaki yang bekerja sebagai petani ini juga mendedahkan bahawa dia mengalami trauma panjang akibat kemalangan ini . " Dapurku harus berulang kali diperbaiki , " tambahnya . " Kerna takut aku tidak berani untuk sekadar duduk bersantai di taman rumahku . "

Namun bukan hanya rumah Ted saja yang menjadi mangsa sasaran langgar kereta . Beberapa rumah lain di kampung itu juga mengalami hal yang sama . Bahkan penduduk juga telah berulang kali memberitahu kerajaan tempatan untuk mengenakan had minimum kelajuan kereta agar tidak berlaku kemalangan yang sama setiap tahun .

" Ini berbahaya bagi sesiapa yang berjalan di kaki lima , " ungkap David Lee yang rumahnya dilanggar 3 kereta dalam setahun . " Kami telah bercakap kepada pikhak berkuasa untuk memasang kamera kelajuan kereta agar para pemandu tak sembarangan melanggar rumah kami lagi . "

" Ini tidak masuk akal menunggu seseorang untuk kehilangan nyawa dahulu supaya aspirasi kami didengar , " tambah Steve Chaloner . " Aku  tidak berani membawa anjing berjalan - jalan di kaki lima . "

Sementara itu , pihak pemerintahan Rotherham mengaku akan segera mengambil tindakan lanjut terhadap masalah tersebut . Rancangannya mereka akan menurunkan had kelajuan dari 60 mph menjadi 40 mph ketika memasuki desa Nether Haugh . Bukan hanya itu saja , kerajaan juga berjanji akan mengenakan tindakan tegas bagi para pemandu yang melanggar .- wowkeren.com






1 comment: