Dua naskah al-Quran di Maahad Saniah yang dikatakan hilang beberapa muka surat
PASIR PUTEH - Beberapa hari lalu warga sekolah agama Maahad Saniah di sini, gempar dengan cerita ayat al-Quran hilang beberapa muka surat yang disedari pelajar sekolah berkenaan.
Berikutan itu, pihak pengurusan Maahad Saniah meminta pelbagai pihak tidak memperbesarkan cerita mengenainya kerana tidak pasti sama ada ia benar-benar lesap atau kesilapan percetakan.
Pengetuanya, Rusli Ariffin berkata, pihaknya sudah menyimpan satu naskhah al-Quran milik surau sekolah itu dan satu naskhah al-Quran bersaiz kecil milik seorang pelajar tingkatan tiga.
“Saya ada tengok al-Quran tersebut tapi saya tidak pasti dan sukar untuk saya tentukan sama ada ia silap cetak atau memang betul ia hilang,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan semalam.
Menurutnya, penyebaran mengenai berita kehilangan ayat pada muka surat itu menerusi laman sosial perlu dihentikan kerana kepastian sebenar belum diketahui yang mungkin hanya disebabkan kesilapan teknikal semasa proses percetakan.
Al-Quran milik surau sekolah dikatakan hilang sebanyak lapan muka surat yang mengandungi As Sya’ara dan As Syura yang disedari seorang pelajar.
Kitab suci itu sumbangan orang ramai untuk kegunaan surau yang diletakkan bersama 20 lagi al-Quran cetakan syarikat sama yang menjadi milik surau sekolah berkenaan.
Sementara satu lagi al-Quran bersaiz kecil milik pelajar, Nurulhuda Rozali, 15, disedari hilang 15 muka surat yang mengandungi surah-surah seperti al-Furqan, Nuh, al-Jinn, al-Mursalat, al-Mudatsir, sebahagian surah al-Qiamah, al-Insan, an-Naba’, al-Infitar, al-Mutaffifin dan al-Inshiqa’.
Menurut Nurulhuda, al-Quran itu memang selalu dibaca di rumah dan di sekolah tapi sebelum ini dia hanya membaca helaian depan.
“Saya belek ke belakang dan terkejut mendapati muka surat kosong, hanya nama ALLAH yang dicetak warna berbeza yang tidak hilang.
“Saya tidak fikir ia kejadian pelik, saya rasa ia mungkin silap cetak kerana saya tidak pasti sama ada saya pernah membelek helaian tersebut atau tidak sebelum ini walaupun al-Quran itu sudah lama saya simpan,’ katanya.
Katanya, al-Quran itu diserahkan kepada guru untuk disimpan selepas menyedari beberapa muka surat hilang cetakannya kelmarin.
Sumber: Sinar Harian
PELIK
ReplyDeletems sy belajar ada jg berlaku...bkn hlg tp slh susunan ketika dicetak
ReplyDelete