Awas! Game Bomoh pasang spyware


 Di sebalik kekecohan aktiviti perbomohan di Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, timbul pula aplikasi game yang dinamakan Bomoh diterbitkan baru-baru ini.

Game yang hanya boleh diakses melalui platform Android itu memerlukan pemain mencari pesawat yang hilang de­ngan cabaran musuh bernama ‘Black Garuda’.

Individu yang bermain berlakon seakan bomoh yang terbang dengan karpet sakti dengan hanya membawa ‘senjata’ seperti air suci, kelapa dan kayu.


Pemain perlu mencari pesawat yang tersembunyi di dua kawasan iaitu udara dan darat bagi mendapat­kan markah bagi peringkat seterusnya.


Pemenang akan dikira dengan jumlah pesawat yang dijumpai.

Namun, nasihat kami agar anda jauhi game ini memandangkan ia dikesan memasang spyware yang mengakibatkan kegiatan mengintip telefon anda mungkin dipasang.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment