Penjenayah berbahaya serah diri


KOTA BHARU - Salah seorang daripada enam penjenayah paling dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kes melepaskan tembakan di sekitar negeri ini diberkas polis ketika dia datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim memberitahu, lelaki dikenali dengan panggilan Iwe atau nama sebenarnya, Tengku Mohd. Ridzuan Tengku Mohamad, 24, ditahan pada pukul 10 malam.

"Dia tampil selepas polis mengedarkan gambarnya bersama seorang lagi rakannya, Norhisham Mohd. Nor, 29, atau dikenali sebagai Ise Kade pada 8 Ogos lalu.

"Mereka sangat dikehendaki untuk membantu siasatan kes tembak seorang penoreh getah sehingga menyebabkan kematian serta mencederakan seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai di Kampung Gong Mengkelih, Pasir Puteh pada 5 Ogos lalu," katanya ketika dihubungi.

KOSMO!


8 comments: