Video Lagu 'Malaysia Chabor' Jadi Viral

Photo copyright Rocketnews24.com

PETALING JAYA: Joyce Chu, 17, dari Johor Bahru, kini dikenali di Internet menerusi video lagunya bertajuk Malaysia Chabor (budak perempuan Malaysia) tersebar luas.

Hanya selepas seminggu ia dimuat naik, lagu itu menjadi viral dan mendapat 2.3 juta tontonan (view) dengan bilangan itu terus meningkat.

Di dalam lagu yang ditulis dan digubah oleh penulis lagu Namewee, Joyce memberitahu kepada penonton bahawa beliau merupakan seorang "Malaysian Chabor" dan bukannya Korean, seperti mana yang dianggap ramai pihak.

"Saya dari JB, satu tempat dekat Singapura. Saya seorang budak perempuan Malaysia yang sejati. Saya tahu rasa kimchi yang begitu enak, tetapi kegemaran saya adalah cendol dan keropok," katanya yang menyanyikan lagu itu sambil bermain alat muzik ukulele.

Beliau turut membuat jenaka mengenai idea pembedahan plastik, yang merupakan trend popular di Korea Selatan.

"Terima kasih kerana 'mengikuti' saya pagi dan malam, walaupun saya tahun anda sebenarnya mengkritik saya. Mengenai muka, hidung, dahi, mata dan lesung pipit saya, semuanya adalah palsu termasuk telinga saya," kata Joyce di dalam lagu itu.

Selain video berkenaan, Joyce sebenarnya turut memuat naik banyak video lagi yang memaparkan nyanyian beliau menerusi akaun YouTubenya.



Sumber: mstar

1 comment: