Buah dada terlebih besar pecah

 
SEORANG pelatih gym terpaksa hidup dengan buah dada palsunya bernilai £4,000 (RM21,952) yang dibuat dengan saiz terlebih besar, tetapi selepas itu terkejut apabila mendapati ia telah pecah.

Kim Brockhurst, 51, di selatan Wales, mahu saiz buah dadanya dibesarkan dari saiz 32AA kepada 32B untuk ia lebih menonjol dan membuat pembedahan.

Selepas pembedahan, dia meneruskan hidup dengan buah dadanya yang besar itu tetapi tidak lama selepas itu menyedari bahawa buah dadanya menjadi berbonjol-bonjol dan kelihatan seperti cacat.

Brockhurst mendapati dia telah diberi implan Poly Implant Prothese (PIP) yang pecah apabila silikon yang dimasukkan ke dalam badannya bocor.

Dia berkata: "Payudara kanan saya mempunyai lekukan besar dan implan di sebelah kiri telah pecah.

"Pihak hospital akan mengeluarkan implan tersebut tetapi mahu saya membayar £3,800 supaya buah dada saya dapat dibentuk semula.

"Teruk sekali apabila saya tidak mampu melakukan pembedahan itu apatah lagi selama ini silikon yang dimasukkan di dalam badan saya telah bocor.

"Saya tak tahu ke mana ia pergi (hilang) dan ia amat merisaukan saya," katanya.

Brockhurst akhirnya berjaya menjadikan saiz payudaranya kepada saiz lebih kecil iaitu 34D.

Kos pembedahan dibayar dan dirakam oleh Channel 5 untuk program realiti TV 'Botched Up Bodies'.

Kira-kira 400,000 wanita di seluruh dunia terjejas oleh PIP.

Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment