Sebuah foto seorang budak lelaki dengan potongan rambut aneh dan wajah lusuh tersebar di media sosial, khususnya di kalangan penduduk Filipina. Foto budak ini membuat para pengguna media sosial yang tidak mengetahui kisahnya mentertawakan potongan rambutnya yang sangat aneh. Padahal sebenarnya, ada sebuah kisah menyedihkan di sebalik foto budak ini yang tidak patut untuk ditertawakan.
Dilapor pinoytrending.altervista.org, foto ini awalnya dimuat naik oleh seseorang yang prihatin kerana mengetahui bahawa budak ini kehilangan tempat tinggal. Dia berharap, dengan menyebarkan fotonya, ada kerabat atau keluarganya di tempat lain yang dapat menjaganya.
Nama budak ini sengaja tidak disiarkan kerana usianya yang masih di bawah umur. Dia berasal dari bandar Olongapo, Filipina dan mengidap penyakit gangguan mental. Penyakit yang dideritanya ini berpunca dari trauma menyedihkan yang dialami ketika berusia 7 tahun. Saat itu, seluruh ahli keluarganya meninggal dengan cara yang tragis. Dia merupakan satu-satunya yang selamat dari keluarganya yang seluruhnya mati dibantai oleh sekumpulan ahli perniagaan jual-beli haram yang sempat bekerja sama dengan keluarganya.
Selain keluarganya, semua harta benda yang dimiliki keluarganya tak ada yang tersisa. Mereka mengatakan dia tidak punya hak lagi atas semua harta tersebut kerana telah dituntut oleh bank. Kerana itu, kanak-kanak malang ini hidup tanpa rumah dan keluarga.
Dia tidur di pinggir jalan dan makan dari tempat sampah. Kadang-kadang, ada orang yang mempunyai belas kasihan akan memberi wang dan makanan. Tetapi tidak semua orang sebaik itu padanya, ada yang sanggup membuli dan melakukan kekerasan padanya.
Kehidupan yang sangat menyedihkan ini tetap dilaluinya dengan tegar. Bukan sedikit orang memukulnya hanya untuk suka-suka atau kerana alasan remeh.
Beberapa orang asing juga mempermainkan dirinya yang mempunyai gangguan mental dan kekurangan makanan ini. Dia diumpan akan diberi sejumlah wang dan makanan asalkan mereka boleh melakukan apa saja padanya termasuk memotong rambutnya sesuka hati. Namun, setelah mereka memperlakukannya sesuka hati, wang dan makanan itu tidak pernah sampai di tangannya. Malah, mereka sampai hati untuk menghadiahi kanak-kanak malang ini sebuah tendangan di bahagian perutnya dan membelasahnya hingga tak sedarkan diri. Mujur beberapa orang datang menolongnya. 3 lelaki jahat yang memukulnya melarikan diri, namun berjaya akhirnya dapat ditangkap dan dipenjarakan.
Selepas kejadian memilukan itu, penduduk membantunya mengambil foto kanak-kanak ini dan memuat naiknya di Facebook, berharap ada kaum keluarganya yang membaca dan mengetahui keadaannya.
Namun, tujuan mulia ini tidak terlaksana, parahnya ramai orang menyebarkannya hanya kerana menganggap potongan rambutnya sangat aneh dan menjadikannya bahan ketawa sehingga tujuan awal dari disebarnya foto ini lenyap.
Sumber: vemale.com

adoi kesian
ReplyDeleteKesiannya...
ReplyDeleteInilah manusia hari ini ramai yg selalu tidak mengambil natijah disebaliknya.
Dengar khabarnya alfajr adalah travel dipunyai oleh melayu syiah?
ReplyDelete