Lelaki mengamuk kerana tak dapat pergi ke planet Jupiter


LA PAZ - Seorang lelaki mengamuk dan menikam tujuh orang di sebuah lapangan terbang di Bolivia kerana keinginannya terbang ke planet Jupiter tak dipenuhi.

Kisahnya bermula ketika Javier Cusi Aduviri datang ke lapangan terbang antarabangsa El Alto, La Paz, Bolivia, Khamis (26/6/2014).

Seorang saksi mata mengatakan, Javier pada awalnya menempah tiket ke Chile dari lapangan terbang tertinggi di dunia yang terletak di ketinggian 8.202 kaki atau sekitar 2,500 meter dari permukaan laut.

Namun, lelaki itu mengamuk lalu menikam seorang penjaga kedai dan beberapa orang yang kebetulan melintas di depannya.

"Dia mengatakan ingin pergi ke Jupiter, itulah sebabnya dia dilarang naik ke dalam pesawat," ujar seorang sumber polis Bolivia.

Javier Aduviri ditangkap ketika cuba lari dari lapangan terbang yang terletak di sebelah selatan ibu kota Bolivia, La Paz. Dia kini masih disiasat polis.

Sementara itu, pihak berkuasa lapangan terbang El Alto berkata, setelah operasi terhenti akibat tindakan Javier Aduviri, lapangan terbang itu sudah pulih kembali.

Sumber: kompas.com

No comments:

Post a Comment