Macam mana pulak lembu ni boleh sesat atas bumbung rumah

Lembu ini sedang berusaha mencari jalan pulang.

BARANGKALI bosan menghabiskan masa dengan meragut rumput di padang yang sama setiap hari, lembu ini membuat keputusan untuk mencari padang rumput baharu.

Tetapi tindakan beraninya itu juga mungkin berakhir dengan kekesalan kerana pengembaraannya itu menyebabkan haiwan ini terperangkap di atas bumbung sebuah rumah di Switzerland.


Seorang pelumba basikal, Rolf Steiner ternampak haiwan itu di atas bumbung licin dan curam sebuah rumah di kawasan ladang berhampiran bandar Bern.

"Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat dan terpaksa melihat sebanyak tiga kali untuk memastikan apa yang saya lihat adalah benar. Seekor lembu berada di atas bumbung," katanya.

Lembu itu akhirnya berjaya mencari jalan pulang ke padang rumputnya, tetapi malangnya kepingan-kepingan jubin bumbung telah pecah.

"Dia sentiasa menjadi binatang yang paling cepat menaikkan kemarahan saya, sentiasa mahu saya ikut kehendaknya, bukan saya," jelas pemilik ladang, Dieter Mueller.

"Dia akan berada di sana untuk selama-lamanya jika dia mahu. Saya cuba untuk memujuknya supaya turun apabila pertama kali melihatnya di situ tetapi dia tidak akan berganjak.

"Dia memerlukan 'masa manisnya' sendiri. Dan saya akhirnya ditinggalkan dengan bil-bil untuk menggantikan jubin yang pecah," katanya.

Sumber: mstar.com.my

2 comments: