Penyokong Croatia cium wartawan Brazil semasa siaran langsung


Sao Paulo - Stesen televisyen tempatan Brazil, Globo, menyiarkan siaran langsung suasana di hari pembukaan Piala Dunia di sebuah tempat awam di bandar Sao Paulo, dengan reporter cantik yang bernama Sabina Simonato.

Semasa sedang membuat laporan, tiba-tiba seorang lelaki berbaju pasukan Croatia menghampirinya. Lelaki tersebut merangkul Sabina lalu menciumnya.

Wartawan tersebut tidak kelihatan marah dan terus bercakap meneruskan laporannya, seakan-akan tidak terjadi apa-apa. Si lelaki lalu pergi dengan muka tak bersalah.

Dalam perlawanan pembukaan, Croatia kalah 1-3 kepada Brazil. Namun bagi penyokong Croatia itu sekurang-kurangnya dia telah "berjaya" mencium pipi seorang reporter cantik Brazil, dalam sebuah siaran langsung pula.

No comments:

Post a Comment