Wanita berjemur bogel tepi tingkap sebabkan kesesakan jalan raya

dailymail.co.uk
 
Vienna - Berhati-hatilah ketika berjemur di bawah sinar matahari, sebab hal ini boleh mengganggu lalu lintas. Hal inilah yang berlaku di Austria ketika seorang wanita sunbathing di tingkap apartment yang berada di tingkat tiga hingga menyebabkan kesesakan.

Dilaporkan Daily Mail, Selasa, 17 Jun 2014, wanita yang tidak disebutkan namanya ini tampak menjulurkan bahagian pinggul hingga kakinya sampai keluar tingkap apartmen. Rupanya, dia kelihatan begitu menikmati sinar matahari tanpa berfikir bahawa tubuhnya yang telanjang itu akan menarik perhatian para pemandu yang melalui di bawahnya.

"Saya berada di belakang dua orang yang kenderaannya kemik akibat penunggang di depan mereka berhenti tiba-tiba lantaran melirik ke wanita telanjang itu," kata Michael Kienast, seorang penunggang motosikal.

Beberapa kereta kelihatan memenuhi jalan sebelum polis akhirnya tiba. Dan wanita itu kemudian masuk ke dalam apartment dan menghilang.

Sumber: tempo.co

No comments:

Post a Comment