Nenek masak ikan Arowana peliharaan cucu yang berharga mahal

Foto: copyright en.rocketnews24.com

Bayangkan, bagaimana jika nenek yang anda sayangi memasak ikan arowana kesayangan anda yang sangat mahal.

Dilapor oleh en.rocketnews24.com, seorang nenek yang tinggal bersama anak dan cucunya dalam satu rumah di wilayah Yunnan, China memasak ikan arowana peliharaan cucunya. Si cucu sangat menyukai ikan dan memelihara berbagai jenis ikan termasuk ikan arowana Asia yang dipelihara dalam akuarium.

Dimasak saat anak dan cucu tidak ada di rumah

Ketika cucunya sedang berada di luar negeri, nenek ini anggap berkali-kali menukar air akuarium sebagai bentuk pembaziran. Nenek ini juga tidak memahami betapa cantik dan mahal ikan peliharaan cucunya. Bagi si nenek, ikan arowana adalah ikan biasa yang boleh dimakan, sama seperti ikan pada umumnya.


 Saat sendirian di rumah, tanpa pengetahuan cucunya, si nenek menangkap dan memasak ikan arowana cucunya itu. Ketika anak lelakinya pulang, dia terkejut kerana ikan tersebut sudah tidak ada.

Rasanya enak

Saat tahu bahawa ibunya memasak ikan arowana kesayangan anaknya, lelaki tersebut sangat terkejut. Wanita itu bahkan mengatakan rasa ikannya enak. Satu perkara yang dikhuatiri, ikan arowana bukan jenis ikan yang biasa digunakan, sehingga dia takut ibunya mengalami keracunan. Namun ikan arowana yang dimakan tidak menimbulkan reaksi apapun.

Hingga berita ini diterbitkan, belum diketahui apakah cucu wanita itu sudah tahu bahawa ikan arowana kesayangannya telah dimasak oleh neneknya sendiri. Semoga saja tidak sampai terjadi pertengkaran keluarga kerana masalah ini.

Sumber: vemale.com

1 comment:

  1. Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalammualaikum wbt

    ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD (768307-X) (KPK/LN 5056/1) menyediakan perkhidmatan UMRAH.

    Pakej Umrah December (Musim cuti sekolah) dari harga RM4,790.

    Layari:

    umrahjohor.blogspot.com
    www.alfajrtravel.com.my

    Hubungi:
    07-2344437
    (utk sebarang pertanyaan)

    ReplyDelete