Tukang gunting rambut kelar leher pelanggan

Darah mangsa memenuhi kaki lima di depan kedai.

SEORANG tukang gunting rambut didakwa selepas mencederakan pelanggannya dengan sengaja menggunakan pisau pencukur di kedainya, Jack’s Barber Shop di Newscastle.

Lloyd Dobrodumow, 44, yang menggunakan nama samaran Demon Barber di laman Twitter dikatakan mencederakan Robert Charles Smith, 31, sehingga menyebabkan mangsa menerima jahitan sepanjang 15 hingga 17 sentimeter.

Hakim daerah Stephen Earl berkata, kes itu tidak boleh dipandang remeh kerana mangsa mengalami kecederaan serius termasuk di bahagian saraf, otot dan kelenjar.

Dipetik oleh Mail Online, ketika kejadian sekitar pukul 5.09 petang (waktu tempatan) itu, mangsa dilihat berlari keluar dari kedai sambil memegang lehernya yang berlumuran darah dan menjerit meminta tolong.

Polis memaklumkan, mangsa dikejarkan ke Newcastle Royal Victoria Infirmary dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Disebabkan kejadian itu, saya terpaksa menutup kedai pada pukul 6 petang kerana pasukan keselamatan dan pihak polis memenuhi kawasan sekitar. Beberapa jam selepas itu, saya buka semula kedai namun tiada pelanggan dan terpaksa menutupnya semula,” menurut saksi.

Jurucakap polis Northumbria mengesahkan kejadian dan suspek kini didakwa atas kesalahan mencederakan dengan niat.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment