Usai korek hidung, jurulatih Jerman bersalam dengan Ronaldo

Getty Images Sport/Martin Rose

Salvador - Selepas pertandingan, para pemain Jerman dan Portugal bersalam sebagai bentuk sokongan dan wujud semangat kesukanan. Tak mahu ketinggalan, jurulatih Jerman, Joachim  Loew juga melakukan tindakan sama.

Adegan bermula ketika Ronaldo yang tengah berjalan meniggalkan padang dan masuk ke bilik persalinan. Ketika itu dia bertemu dengan Loew, yang memang sudah menunggu pemain pasukan Jerman. Loew lantas menghulurkan tangannya dan disambut oleh Ronaldo.

Yang tidak disedari Ronaldo adalah, bahawa sebelum Loew menghulurkan tangannya, jurulatih 54 tahun itu sedang asyik mengorek hidungnya. Tanpa mengelap terlebih dahulu tangannya, Loew bersalam dengan Ronaldo.

Kejadian tersebut terakam oleh kamera pertandingan dan menjadi perbincangan di dunia maya. Tapi sebenarnya insiden korek hidung ini bukan perkara baru bagi Loew.

Lelaki kelahiran Schoenau, Jerman Barat itu memang hobi korek hidung. Dia kerap dirakam kamera sedang mengorek hidung saat pasukannya bertanding. Bahkan dia pernah didapati memakan tahi hidungnya sendiri . Hal menjijikkan lain yang dilakukan Loew adalah mengusap ketiak dan mencium baunya.

Entah bagaimana reaksi Ronaldo saat mengetahui kejadian sebenarnya usai perlawanan tersebut. Tapi boleh dikatakan nasibnya malam itu benar-benar buruk. Sudah kalah teruk, dapat 'hadiah' tak menyenangkan pula dari Loew.

Lihat video

Sumber: sport.detik.com

No comments:

Post a Comment