Inilah 5 Gereja paling berhantu didunia

 1. Gereja Paroki, Bandar Oistins, Barbados

Gereja Paroki terletak di bandar Oistins, Barbados, sebuah negara di sempadan laut Caribbean dan Samudera Atlantik. Gereja Paroki ini menyimpan cerita mistik yang menyeramkan. Pada awal abad ke-19, sebuah keranda yang disimpan dalam sebuah rak besi dan dikunci dengan mangga keluar sendiri dari tempat penyimpanan. Sampai sekarang keranda tersebut masih ada namun tidak ada seorang pun yang berani memindahkannya.

 2. Gereja St. Michan, Ireland

Gerjea St. Michan di Ireland dikenali sebagai salah satu gereja yang paling berhantu di dunia kerana pada salah satu kubah di gereja tersebut dikuburkan jasad tanpa nama yang telah dijadikan mumia.

Jemaah yang melakukan ibadat di gereja ini sering kali diganggu oleh bisikan-bisikan menyeramkan, sering juga rambut jemaah ditarik oleh sesuatu yang tak nampak dengan  mata.

 3. Gereja St, Botolph, England

Gereja St, Botolph yang terletak dikota Skidbrooke, England, sangat terkenal akan keseramannya. Gereja itu sendiri sudah tidak dipakai lagi sejak tahun 1973. Gereja yang ditinggalkan ini sering disalahgunakan oleh para pemburu hantu dan pemuja syaitan. Orang-orang yang pernah mendekati gereja ini berkata, sejak memasuki halamannya saja aura mistik sudah sangat terasa.

 4. Gereja St. James Sag, Amerika Syarikat

Pada tahun 1977, seorang polis bernama Richard Crowe menceritakan dirinya dihampiri sembilan sami lalu menghilang di pintu kubur yang terletak berhampiran gereja. Biarawan yang ditempatkan di gerja St. James Sag ini mengaku tidak betah tinggal di situ, seringkali mereka melihat kereta hantu dengan roh atasnya, serta bukit yang bergerak sendiri ke arah gereja.

5. Gereja Unitarian Beverly, Amerika Syarikat

Disebut dengan gereja paling berhantu kerana jemaah sering merasakan fenomena aneh, terutama pada musim sejuk. Cerita keangkeran gereja ini antara lain, pengakuan jemaah yang pernah ditemui sosok hantu dari seseorang yang meninggal pada tahun 1980, ada juga roh nenek-nenek mengenakan baju merah yang sering menampakkan diri ketika upacara pernikahan dan ada pula hantu yang menjaga kebun dibelakang gereja.

Sumber: merdeka.com

No comments:

Post a Comment